Mencari Pakej Umrah Ziarah ?

Lihat Pakej

Mencari Pakej Umrah ?

Lihat Pakej

Mencari Pakej Haji?

Lihat Pakej

Pakej Umrah Ziarah 2018

pakej umrah andalusia

Pengertian Umrah

Bahasa: Ziarah atau Mengunjungi

Syarak: Mengunjungi Baitullah (Kaabah) dengan niat untuk mengerjakan ibadah Umrah dengan syarat-syarat tertentu.

Rukun Umrah

Rukun Umrah ada 5 perkara iaitu:

  1. Niat
  2. Tawaf
  3. Sa’ie
  4. Tahalul / Bercukur
  5. Tertib

Lihat Pakej Umrah

Umrah Ziarah Di Mekah

Umrah Ziarah di Kota Mekah. Kota Mekah adalah tempat bersejarah untuk umat Islam. Jika berada di Mekah, ambil kesempatan  menziarahi semua tempat yang mempunyai nilai sejarah dalam perkembangan Islam. Semasa kita berada di Tanah Haram Mekah, ambil kesempatan ini untuk ziarah tempat-tempat yang bersejarah di sini. Dengan menziarahi tempat-tempat ini, kita dapat menghayati Islam dengan lebih baik. Mekah juga mempunyai lebih daripada 30 nama. Antara nama-nama yang terkenal ialah Makkah, Bakkah, al-Baladul Amin, al-Haramul Amin, Ummul-Qura, dan al-Baldah al-Tayyibah.

Sejarah Kota Mekah

Nabi Ibrahim a.s mempunyai dua orang isteri iaitu Sarah dan Siti Hajar. Sarah melahirkan Nabi Ishak a.s manakala Hajar melahirkan Nabi Ismail a.s. Dengan perintah Allah, Nabi Ibrahim a.s membawa Hajar dan anaknya Ismail yang baru lahir ke Kota Mekah dan meninggalkan mereka berdua berdekatan dengan tapak Kaabah. Dia meninggalkan mereka dengan sedikit buah-buahan dan air. Tidak ada manusia yang tinggal di situ pada masa itu. Tiada Juga tumbuh-tumbuhan di situ. Allah menerangkan, “Wahai Tuhan kami, aku menempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak ada tanam-tanaman atasnya, di sisi rumah-Mu (Baitullah) yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, mereka ditempatkan di sini supaya mereka mendirikan solat. Oleh itu, jadikan hati sebahagian daripada manusia supaya tertarik dan gemar kepada mereka, dan mereka datang beramai-ramai. Kurnikan rezeki kepada mereka daripada berbagai-bagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman. Semoga mereka bersyukur.” Nabi Ibrahim a.s telah pulang semula ke tempat nya di Palestin selepas beberapa hari tinggal bersama anak dan isteri beliau di Mekah. Beliau meninggalkan anak dan isteri di situ.

Selepas beberapa hari berlalu, buah-buahan dan air yang ditinggalkan telah pun habis. Siti Hajar mencari-cari air bagi dibuat minuman di sekeliling kawasan itu. Disebabkan cuaca yang panas, Hajar sangka terdapat air di bukit Safa. Beliau berlari ke sana bagi mendapatkan air. Apablia beliau sampai di sana, rupa-rupanyadi situ tiada air. Kemudian, beliau melihat seperti terdapat air di bukit Marwah. Beliau pun terus berlari ke sana. Namun beliau mendapati di sana juga tiada air. Siti Hajar berlari-lari anak diantara dua bukit itu. Malaikat yang melihat kejadian tersebut telah datang dan menepuk sayapnya di hujung kaki Nabi Ismail yang sedang baring terlentang di atas tanah tersebut. Mata air telah keluar untuk mereka berdua. Siti Hajar dengan segera ke tempat itu dan mengepung air dengan batu-batu yang ada supaya air itu tidak mengalir ke tempat lain. Air ini dikenali sebagai “Air Zamzam” yang mana kekal dan tidak kering sehingga ke hari ini. Oleh kerana terdapat sumber air di ditu, rombongan perniagaan yang melalui jalan itu singgah bagi mengambil air. Tak lama kemudian, datang rombongan dari Yaman meminta izin bermukim di situ. Apabila Ismail dewasa, dia dikahwinkan dengan perempuan daripada kaum Jurhum dari Yaman. Nabi Ibrahim a.s sering datang ke Mekah menziarahi anak dan isteri beliau. Apabila Ismail meningkat remaja, Nabi Ibrahim a.s diperintahkan untuk membina Kaabah di atas tapak yang ada di situ sebagai tempat beribadat. Selepas Kaabah terbina, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim supaya menyeru semua umat manusia ke Kaabah untuk beribadat. Lalu Nabi Ibrahim pun menyeru seperti yang disebut oleh Ibnu ‘Athir dalam buku karangan beliau, “Wahai manusia, Allah telah memfardukan ke atas kamu mengerjakan haji di Baitul-‘Atiq.”

Mulai dari detik tersebut, Umat  Islam mula datang mengunjungi Baitullah dan beribadat di situ. Nabi Ismail a.s adalah pengurus Kaabah. Selepas kematian beliau, cucu-cicit beliau mengambil alih tugas menjaga Kaabah. Pada zaman Qusa’i bin Kilab, pengurusan Kaabah dan haji dilakukan oleh anak cucu Nabi Ismail.

Selain daripada Kaabah, terdapat banyak lagi tempat-tempat yang bersejarah yang patut kita ziarahi. Antaranya adalah Gua Hira, tempat turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad dan Gua Thur tempat Nabi Muhammad dan Abu Bakar as-Siddiq singgah dan bersembunyi dalam peristiwa hijrah. Terdapat banyak tempat kita boleh ziarah di kota Mekah.

Dapatkan Pakej Umrah Ziarah sekarang!

Umrah Ziarah Di Madinah

Madinah al-Munawwarah adalah kota suci untuk umat Islam. Nabi Muhammad S.A.W telah menubuhkan sebuah negara Islam yang ulung dan agung di Madinah. Di Madinah terpancarnya syiar Agama Islam dan negara Islam ke seluruh dunia.

Pada zaman Nabi, Islam telah sampai ke negara-negara Arab di sekeliling Madinah. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, Islam telah sampai ke Mesir, Syria, Iraq dan sebahagian Parsi. Pada zaman pemerintahan Usman bin Affan, Islam sampai ke Azerbaijan, Parsi, Andalus hingga ke Afrika Utara. Ini semua bermula dengan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke Kota Madinah dan penubuhan negara Islam Madinah. Atas sebab itu, Yatrib digelar al-Madinah al-Munawwarah (kota yang bersinar atau bercahaya). Selain itu, ia juga dikenali dengan nama Madinatur-Rasul (kota atau bandar Rasulullah).

Sejarah menunjukkan kaum Melayu yang tinggal di Nusantara kebanyakan beragama Hindu dan Budhha. Dengan izin Allah datuk nenek kita menerima Islam dan kita dilahirkan dalam agama Islam.Atas sebab lain,kita sepatutnya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Rasulullah dan para sahabat kerana menyebarkan Islam sehingga ke Nusantara.

Keistimewaan Madinah Berbanding Kota Yang Lain

Ada dua perkara menarik di kota Madinah al-Munawwarah. Pertama, Masjid Nabawi. Kedua, makam Rasulullah. Dua perkara ini menjadikan Madinah sebagai tumpuan orang Islam daripada seluruh dunia. Ini adalah antara sebab utama kita menziarahi kota Madinah.

1. Masjid Nabawi

Masjid Nabawi adalah sebuah masjid yang sangat terkenal dalam sejarah Islam. Masjid Nabawi dinamakan oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Rasulullah yang menganjurkan supaya membeli tanah berkenaan pada hari pertama Baginda tiba di tapak masjid itu. Seterusnya, Rasulullah telah mengarahkan supaya dibina satu masjid di situ sebagai satu tempat ibadat, tempat orang berkumpul bagi bermesyuarat, dan lain-lain aktiviti umat Islam di sekitar nya. Peristiwa Hijrah dan membina Masjid Nabawi ini telah berlaku pada tahun 622 Masihi. Masjid Nabawi merupakan pusat pentadbiran Islam di bawah naungan Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Masjid Nabawi juga merupakan Dewan Syura, dan Mahkamah Agung Islam. Keluasan masjid pada masa itu hanyalah 1060 meter persegi sahaja. Pada tahun 2006, luasnya melebihi 400 ribu meter persegi. Pada tahun 2011, luasnya melebihi daripada itu.

Adab Menziarahi Masjid Nabawi

Masjid Nabawi adalah masjid yang sangat mulia. Masjid Nabawi didirikan atas perintah Rasulullah S.A.W. Di dalam Masjid Nabawi terdapat makam Rasulullah. Oleh itu, eloklah kita menziarahinya dengan tertib dan adab-adab yang terbaik.

Contoh adab baik:

  1. Memakai pakaian yang bersih dan cantik, lelaki disunatkan memakai bau-bauan
  2. Memasuki Masjid dengan kaki kanan
  3. Mengucap salam kepada ahli masjid (walaupun dengan suara yang perlahan)
  4. Menunaikan solat sunat Tahiyat Masjid dua rakaat. Sebaik-baiknya terus masuk ke Raudhah dan solat sunat di situ. Mengikut keadaan semasa. Jika terlalu ramai dan bersesak-sesak, bolehlah solat sunat di mana-mana sahaja, niat iktikaf, teruskan beribadat seperti berzikir, membaca al-Quran, dan solat sunat.
  5. Membaca doa
  6. Ziarah Raudhah dan solat di Raudhah serta ziarah Rasulullah dan mengucapkan salam kepada Baginda.

Sebab kita dianjurkan menziarahi Rasulullah dan mengucapkan salam kepada Baginda

Mengucap salam bermaksud mengucap selamat dan mendoakan supaya Rasulullah diberikan tempat yang istimewa dalam syurga, al-Maqam al-Mahmud iaitu tempat yang terpuji, kerana Baginda adalah Rasulullah S.A.W yang telah berjuang bermati-matian untuk melepaskan manusia daripada belenggu kekafiran dan kemusyrikan. Beliau berdakwah menyeru kepada Islam dan mantauhidkan Allah yang Esa.

Selepas beberapa hari berlalu, buah-buahan dan air yang ditinggalkan telah pun habis. Siti Hajar mencari-cari air bagi dibuat minuman di sekeliling kawasan itu. Disebabkan cuaca yang panas, Hajar sangka terdapat air di bukit Safa. Beliau berlari ke sana bagi mendapatkan air. Apablia beliau sampai di sana, rupa-rupanyadi situ tiada air. Kemudian, beliau melihat seperti terdapat air di bukit Marwah. Beliau pun terus berlari ke sana. Namun beliau mendapati di sana juga tiada air. Siti Hajar berlari-lari anak diantara dua bukit itu. Malaikat yang melihat kejadian tersebut telah datang dan menepuk sayapnya di hujung kaki Nabi Ismail yang sedang baring terlentang di atas tanah tersebut. Mata air telah keluar untuk mereka berdua. Siti Hajar dengan segera ke tempat itu dan mengepung air dengan batu-batu yang ada supaya air itu tidak mengalir ke tempat lain. Air ini dikenali sebagai “Air Zamzam” yang mana kekal dan tidak kering sehingga ke hari ini. Oleh kerana terdapat sumber air di ditu, rombongan perniagaan yang melalui jalan itu singgah bagi mengambil air. Tak lama kemudian, datang rombongan dari Yaman meminta izin bermukim di situ. Apabila Ismail dewasa, dia dikahwinkan dengan perempuan daripada kaum Jurhum dari Yaman. Nabi Ibrahim a.s sering datang ke Mekah menziarahi anak dan isteri beliau. Apabila Ismail meningkat remaja, Nabi Ibrahim a.s diperintahkan untuk membina Kaabah di atas tapak yang ada di situ sebagai tempat beribadat. Selepas Kaabah terbina, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim supaya menyeru semua umat manusia ke Kaabah untuk beribadat. Lalu Nabi Ibrahim pun menyeru seperti yang disebut oleh Ibnu ‘Athir dalam buku karangan beliau, “Wahai manusia, Allah telah memfardukan ke atas kamu mengerjakan haji di Baitul-‘Atiq.”

Mulai dari detik tersebut, Umat  Islam mula datang mengunjungi Baitullah dan beribadat di situ. Nabi Ismail a.s adalah pengurus Kaabah. Selepas kematian beliau, cucu-cicit beliau mengambil alih tugas menjaga Kaabah. Pada zaman Qusa’i bin Kilab, pengurusan Kaabah dan haji dilakukan oleh anak cucu Nabi Ismail.

Selain daripada Kaabah, terdapat banyak lagi tempat-tempat yang bersejarah yang patut kita ziarahi. Antaranya adalah Gua Hira, tempat turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad dan Gua Thur tempat Nabi Muhammad dan Abu Bakar as-Siddiq singgah dan bersembunyi dalam peristiwa hijrah. Terdapat banyak tempat kita boleh ziarah di kota Mekah.

2. Makam Rasulullah SAW

Dalam kawasan Masjid Nabawi terdapat Makam (kubur) Nabi Muhammad S.A.W dan dua sahabat Baginda, iaitu Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Khalifah Umar al-Khattab. Oleh itu, apabila kita sampai di Madinah, kita haruslah menziarahi makam Baginda dan dua sahabat yang ada di situ.

Menziarahi sahabat Nabi Muhammad SAW

Di samping menziarahi Nabi Muhammad, kita juga digalakkan menziarahi dua orang sahabat karib beliau, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Mereka dikebumikan bersebelahan makam Nabi Muhammad S.A.W. Cara menghormati mereka adalah dengan menziarahi dan mengucapkan salam serta berdoa. Selain daripada itu, kita juga digalakkan menziarahi para sahabat yang dikebumikan di perkuburan Baqi’ dan juga Uhud.