Mencari Pakej Umrah ?

Lihat Pakej

Mencari Pakej Umrah ?

Lihat Pakej

Mencari Pakej Umrah ?

Lihat Pakej

Pakej Umrah Andalusia 2018

pakej umrah andalusia

Pengertian Umrah

Bahasa: Ziarah atau Mengunjungi

Syarak: Mengunjungi Baitullah (Kaabah) dengan niat untuk mengerjakan ibadah Umrah dengan syarat-syarat tertentu.

Rukun Umrah

Rukun Umrah ada 5 perkara iaitu:

  1. Niat
  2. Tawaf
  3. Sa’ie
  4. Tahalul / Bercukur
  5. Tertib

Lihat Pakej Umrah

Hukum Mengerjakan Ibadah Umrah

Hukum umrah adalah WAJIB dilakukan sekali seumur hidup bagi yang mampu.

Ini berdasarkan Dalil-dalil berikut:

  1. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya:

Dan Sempurnalah Ibadah Haji dan Umrah kerana Allah.” (Surah Al-Baqarah : 196)

  1. Hadith Aisyah r.a:

Maksudnya:

Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Adakah diwajibkan jihad ke atas wanita?”  Jawab Baginda S.A.W: “Ya, (diwajibkan jihad ke atas wanita, akan tetapi) jihad yang tiada peperangan di dalamnya iaitu Haji dan Umrah”

Mengikut pendapat yang terkuat dalam Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat yang diakui dalam Mazhab Maliki, Ibadah Umrah adalah sunat mua’akkadah yang mana ia adalah sunat yang digalakkan. Dan pendapat jumhur ulama mengatakan Umrah itu wajib dilakukan  seumur hidup sekali dan jika diulangi menjadi sunat dan memperolehi pahala yang banyak apatah lagi ditunaikan pada bulan Ramadhan yang mana menyamai pahala Ibadat Haji. Pakej Umrah.

Syarat wajib Umrah

  1. Islam – tidak wajib ke atas orang kafir.
  2. Berakal – tidak wajib ke atas orang gila.
  3. Baligh – tidak wajib ke atas kanak-kanak.
  4. Merdeka – tidak wajib ke atas hamba sahaya.
  5. Berkemampuan – tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.

Tempat tempat yang makbul untuk berdoa

  1. Semasa mula-mula melihat Ka’abah
  2. dalam Ka’abah (di antara Hijir Ismail dan Ka’abah juga di kira kawasan Ka’abah)
  3. Di Multazam (di antara Hajar Aswad dan pintu Ka’abah)
  4. Di Rukun Hajar al Aswad
  5. Di Rukun Yamani
  6. Di Hijir Ismail
  7. Di Maqam Ibrahim
  8. Ketika bertawaf
  9. Di Telaga Zam Zam
  10. Ketika minum air Zam Zam
  11. Di laluan Sai’e termasuk di Safa dan Marwah
  12. Di bawah Saluran Ka’abah

Wajib Umrah

Wajib Umrah ialah perkara yang wajib dilaksanakan oleh para jemaah umrah. Jika ditinggalkan, ibadah umrah jemaah itu masih sah tetapi akan dikenakan bayaran Dam. Jika diambil ringan atau ditinggalkan dengan sengaja perkara-perkara Wajib Umrah adalah berdosa dan dikenakan Dam. Tetapi jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.

Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:

  • Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang telah ditetapkan ataupun sebelumnya.
  • Menjaga perkara-perkara larangan ihram.
  1. Berniat Umrah di Miqat:

Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi jemaah yang hendak mengerjakan umrah untuk melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan di mana-mana saja tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah tetap boleh dilafazkan tetapi Dam iaitu seekor kambing akan dikenakan.

 

Dapatkan Pakej Umrah Andalusia 2018 di sini sekarang!

Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):

  • Qarnul Manaazil Lebih kurang 94km dari Mekah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Mekah setelah mendarat di Jeddah.
  • Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Mekah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan berniat ihram dari sana sebelum bergerak menuju Mekah. Miqat ni adalah untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.

Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:

  • Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Mekah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
  • Zaatu ‘irqin Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.
  1. Larangan Ihram:

Mulai dari awal saat jemaah melafazkan niat hinggalah sempurna semua Rukun Umrah, jemaah hendaklah berjaga-berjaga supaya tidak melanggar segala larangan ihram berikut:

Larangan Ihram

  • Buang rambut atau bulu badan (sama ada dengan gunting, cukur, cabut, kesat, lap dan sebagainya)
  • Potong Kuku
  • Mencabut, menebang, atau merosakkan tumbuhan di Tanah Haram
  • Memakai bau-bauan dibadan, pakaian, makanan atau minuman
  • Memakai minyak rambut pada kepala dan janggut(bagi lelaki)
  • Memakai sarung tangan
  • Buru atau bunuh binatang yang halal untuk dimakan sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal
  • Bercumbuan
  • Berakad nikah sama ada berhijab atau qabul untuk diri sendiri atau bertindak bagi pihak orang lain
  • Melakukan persetubuhan

Larangan Khusus Kepada Jemaah Lelaki

  • Menggunakan pakaian yang bersarung (sama ada berjahit atau tidak) yang disarungkan ke badan termasuk baju dalam, seluar dalam, sarung kaki, songkok dan sebagainya
  • Menutup kepala, menutup muka atau sebahagian daripadanya
  • Menggunakan kasut yang menutup tumit dan jari kaki.

Larangan Ihram Khusus Kepada Jemaah Wanita

  • Menutup muka

Ihram Bagi Kanak-Kanak

  • Kanak-kanak sudah baligh yang ingin mengerjakan umrah akan bertanggungjawab untuk membayar Dam untuk diri sendiri jika dia melanggar larangan ihram.
  • Bagi kanak-kanak yang belum baligh tetapi sudah dapat membezakan antara bersih dan kotor(mumayyiz) menjadi tanggungjawab ibubapa atau penjaganya membayar Dam jika dia melanggar larangan ihram.
  • Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak dikenakan apa-apa Dam.

 

Dapatkan Pakej Umrah Andalusia 2018 di sini sekarang!