Adakah Ibadah Haji Tidak Pernah Ditangguhkan
Haji merupakan rukun Islam yang kelima dan wajib ditunaikan bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan ataupun fizikal dan mental. Dalam kalender Masehi, ibadah haji pada tahun 2020 ini dijangkakan berlangsung pada bulan Julai yang lepas. Pada Mac 2020, dunia dilanda dengan virus yang baharu, iaitu Virus Covid-19. Namun demikian, sepertinya ibadah haji 2020 ditangguhkan seiring dengan pandemik Virus Covid-19. Namun, Arab Saudi telah menghentikan penerbangan dari hampir semua negara Eropah dan lebih dari 12 negara di Asia dan Afrika untuk menghentikan penyebaran Covid-19. Langkah terbaru, Arab Saudi melakukan lockdown (Perintah berkurung) di Makkah, Madinah, dan Riyadh. Jika pandemik Covid-19 tidak akan berakhir, bukan tidak mungkin Arab Saudi akan benar-benar akan menangguhkan pelaksanaan untuk menunaikan ibadah haji 2020. Banyak yang memahami keputusan tersebut, mengingati bahawa pandemik belum menunjukkan tanda-tanda akan mereda dengan masa yang cepat.
Adakah Ibadah Haji Pernah Ditangguhkan?
Ya, pelaksanaan ibadah haji di tahun 2020 yang ditangguhkan, itu bukan kali yang pertama. Yayasan Raja Abdulaziz telah memberikan data bahwa dalam sejarah umat Islam, ibadah haji pernah ditangguhkan sebanyak 40 kali dengan pelbagai macam alasan, seperti penyakit, konflik dan lainnya.
Tahun 1814
Pada tahun 1814, wabak Taun pernah menyerang wilayah Hijaz. Wabak ini telah menyebabkan kematian kira-kira 8000 penduduk tempatan di wilayah itu. Akibatnya, kerajaan Arab Saudi pada ketika itu telah mengambil keputusan tidak membenarkan ibadah Haji dilakukan pada waktu tersebut kerana sedar dan takut akan risikonya. Wabak Taun atau kolera merupakan jangkitan pada saluran penghadaman tubuh seseorang. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Vibrio cholerae yang boleh tersebar dengan begitu cepat melalui minuman dan makanan yang tercemar dengan najis daripada orang yang sudah dijangkiti. Pesakit yang telah dijangkiti akan mendapat gejala atau simptom-simptom seperti mual, muntah, dehidrasi dan cirit birit. Dalam keadaan tertentu pada masa itu, penyakit ini boleh menyebabkan kematian akibat mengalami dan menghidapi dehidrasi yang sangat teruk.
Tahun 1831
Pada 17 tahun kemudian selepas penyakit Taun datang merebak, yakni pada tahun 1831, kerajaan Arab Saudi terpaksa membuat sekali tindakan luar jangkaan untuk menangguhkan ibadah Haji. Kali ini pula, ia disebabkan oleh penyakit Chikungunya yang tersebar dalam kalangan seseorang itu akibat gigitan atau jangkitan dari nyamuk yang dijangkiti oleh virus ini. Gejala atau simptom jangkitan yang biasa dialami oleh pesakit adalah sakit sendi dan demam. Selain itu, pesakit yang telah dijangkiti juga mungkin mengalami sakit otot, sakit kepala, ruam atau sakit sendi-sendi. Pada waktu itu, vaksin tidak wujud untuk mencegah atau merawat jangkitan virus chikungunya. Wabak penyakit ini dikatakan berasal dari India dan telah membunuh tiga per empat jemaah haji yang datang ke Tanah Haram.
Tahun 1837 Hingga 1840
Setelah virus Chikungunya menyerang dan melanda negara arab pada tahun 1831, orang Islam di dunia sekali lagi terpaksa berdukacita dan bersedih apabila ibadah Haji terpaksa ditunda atau ditangguhkan lagi. Kali ini, selama 3 tahun antara tahun 1837 hingga 1840. Berdasarkan kajian melalui internet, ramai yang tidak dapat memastikan wabak apa yang menyerang dan sesetengah pihak menganggapnya itu sebagai satu wabak yang misteri. Menurut kerajaan Arab Saudi pada ketika itu, serangan wabak penyakit yang misteri ini telah membunuh ratusan nyawa pada setiap hari.
Tahun 1946, 1850, 1865
Pada tahun 1948 dan 1850 pula, sekali lagi wabak taun telah menyerang Tanah Haram ketika tibanya musim ibadah Haji sehingga kerajaan Arab Saudi sekali lagi terpaksa menangguhkan ibadah Haji pada ketika itu. Pada tahun 1865 pula, serangan wabak penyakit kolera ini telah menyebabkan kira-kira 15,000 jemaah Haji yang telah terkorban. Wabak ini telah melanda dan menyerang Madinah. Kerajaan Arab Saudi telah meminta dan mendapatkan bantuan daripada doktor-doktor di sekitar Mesir untuk melakukan rawatan dan sekaligus menghentikan penyakit ini terhadap pesakit yang di kuarantin di Madinah. Kerajaan Arab Saudi juga telah menghalang kemasukan orang-orang Madinah ke Mekah. Sejak berakhirnya wabak taun ini pada tahun 1865, pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi telah melakukan persediaan yang sangat ketat dan rapi daripada aspek kebersihan sehingga berjaya menghalang penyakit ini berulang kembali. Antara usaha-usaha yang dilakukan termasuklah meningkatkan pengesanan pantas, infrastruktur pengawasan juga kawalan melalui Pusat Perintah dan Kawalan Haji.
Tahun 2020
Setelah dunia dikejutkan dengan wabak coranavirus atau COVID-19 yang membimbangkan semua orang hingga membawa kepada kes kematian. Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan halangan sementara kepada bakal jemaah untuk memasuki Makkah dan Madinah untuk menunaikan ibadah haji atau umrah. Sudah tentu keputusan secara terbuka itu menarik perhatian umat Islam dari seluruh pelusuk dunia. Apatah lagi kurang dua bulan lagi selepas bulan Mac pada tahun itu, umat Islam akan menyambut kedatangan bulan dinanti-nantikan, iaitu bulan Ramadan. Pada masa yang sama, musim haji juga bakal bermula pada Julai 2020. Namun, keputusan itu bukanlah disengajakan atau dibuat-buat. Ianya langkah berjaga-jaga dan tepat bagi mengekang dan menghentikan risiko penularan wabak COVID-19 di kota suci itu.
Selain menghalang para jemaah dari seluruh dunia termasuk rakyatnya sendiri daripada menunaikan umrah, kerajaan Arab Saudi juga menghalang pemberian visa kepada pelawat ataupun jemaah dari negara yang berisiko tinggi terkena virus dengan mengeluarkan senarai negara-negara terbabit. Selain Malaysia, negara yang terlibat dan turut dihalang ialah pelancong dari Itali, Singapura, Kazakhstan, Korea, Jepun dan China. Sekalipun sekatan ini sangat memberi impak dan kesan yang besar kepada semua pihak terutama syarikat penerbangan, hotel, agensi pelancongan dan ekonomi sosial, ianya keputusan yang sangat berat dan perlu diterima oleh semua pihak dengan hati yang terbuka dan redha dengan ujian yang diturunkan oleh Allah SWT ini.
Ini berdasarkan hadith mengenai Umar al-Khattab RA yang ingin bermusafir ke Syam tetapi dimaklumkan dan diberitahu mengenai wabak taun yang sedang merebak di sana pada ketika itu. Lalu Abdul Rahman RA menasihatkan beliau: “Sesungguhnya aku mempunyai ilmu dan pengetahuan mengenai ini. Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Sekiranya kamu mendengar sesuatu wabak atau penyakit di tempat tertentu, maka janganlah kamu memasukinya dan pergi kepadanya. Dan sekiranya wabak penyakit itu melanda pada suatu tempat, maka janganlah pula engkau meninggalkan tempat tersebut.”
Menurut Imam Ibn Hajar yang mengeluarkan dan menghuraikan hadis itu dalam kitab Fath al-Bari, seorang Muslim tidak boleh mendedahkan diri mereka dalam kemudaratan dan kebinasaan. Ia sebahagian dari syariah yang mesti diutamakan, iaitu memelihara jiwa kita atau nyawa kita sendiri. Ini selaras dengan perintah Allah SWT: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan dan membawa diri kamu dalam bahaya dan kebinasaan.”
Kesimpulan
Walaupun dunia sekarang ini masih belum sembuh sepenuhnya dari wabak penyakit yang ada iaitu wabak coronavirus atau COVID-19, maka kita semua tidak kira bangsa, agama, ataupun warna kulit, hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri, kesihatan dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Terutamanya rakyat Malaysia, patuhlah SOP yang telah ditetapkan. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Insya-Allah.