Uncategorized

Adakah Ibadat Umrah Boleh Dilakukan Berkali-kali Dalam Satu Musim Haji

Ibadah umrah adalah salah satu rukun Islam yang kelima. Ianya adalah kemuncak penzahiran ubudiyyah seorang hamba kepada Allah. Sejarah umrah ini bermula dari Nabi Muhammad SAW yang ingin melaksanakan ibadah haji untuk kali pertama. Pada tahun ke-6 Hijrah, Baginda bersama 1500 para sahabat baginda ingin melaksanakan ibadah haji di Makkah. Mereka berangkat ke Makkah dengan berpakaian ihram dan membawa unta untuk dijadikan sebagai korban. Akan tetapi, perjalanan ibadah mereka tidak berhasil sama sekali kerana Nabi dan para sahabat dihalang dan terjumpa oleh kaum Quraisy di Hudaibiyah. Tempat inilah yang menjadi saksi perundingan di antara Nabi dan kaum Quraisy yang dikenali sebagai ‘Perjanjian Hudaibiyah’. 

Melakukan ibadah umrah di Tanah Suci mestilah salah satu perkara yang sangat disukai dan diidamkan oleh semua umat Islam. Lagi-lagi apabila impian yang didambakan itu datang di depan mata, mestilah peluang keemasan tersebut tidak akan disia-siakan. Sampaikan ada jemaah umrah yang sanggup mengerjakan umrah bukan sahaja dua atau tiga kali tetapi hingga tujuh kali demi ingin mendapat pahala umrah seperti yang dijanjikan. 

Apakah umrah berulang kali itu dibolehkan dan adakah kenyataan umrah tujuh kali bersamaan dengan satu pahala haji? 

Pertama sekali, ibadah umrah ini sesungguhnya satu ibadah yang memerlukan perjalanan yang jauh dan panjang bahkan mengambil masa yang lama. Disebabkan hal ini, jemaah umrah yang bakal datang daripada negara-negara yang jauh dari Arab Saudi pasti akan memanfaatkan kesempatan emas ini dengan sebaiknya dan berusaha untuk menunaikan umrah sebanyak mungkin selagi mereka mampu.

Terdapat dua pandangan berkaitan hukum melaksanakan ibadah umrah berulang kali dalam satu perjalanan. Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukumnya Makruh kerana ia bercanggah dengan amalan dan perkara Nabi Muhammad SAW yang melakukan umrah empat kali dalam empat waktu yang berbeza. Manakala, pandangan sebahagian lainnya pula berpendapat bahawa mengerjakan umrah berulang kali dalam satu musim atau perjalanan diharuskan dan tidak ada masalah tentangnya.

Disamping itu, kenyataan bahawa mengerjakan umrah sebanyak tujuh kali bersamaan dengan satu pahala haji itu ialah suatu kenyataan yang tidak betul. Bahkan ianya tidaklah termasuk di dalam hadith sahih berkaitan dengan melaksanakan ibadah umrah. Hanya sekali sahaja, sebagai hamba Allah, tentunya kita perlu percaya dan yakin kepada Allah SWT, bahawa setiap amal kebaikan yang kita lakukan pasti akan mendapat pahala di sisi Allah SWT, terlebih lagi jika amalan-amalan tersebut dilakukan di Tanah Suci Makkah, maka mestilah lebih berlipat kali ganda pahala yang diberi.

Tarjih

Ulama mentarjihkan pandangan yang mengharuskan ibadah umrah berulang kali dalam satu perjalanan atau dalam satu musim haji. Hal ini berdasarkan kepada perintah umum untuk memperbanyakkan amal ibadah, dan ini ialah perkara yang dipegang oleh para ulama’ mazhab Syafi’e dan sebahagian besar ulama mazhab Hanbali. Hal ini kerana jemaah yang datang dari jauh seperti jemaah Malaysia atau Indonesia kadang-kadang peluang mereka untuk melakukan ziarah kali kedua ke Mekah adalah sangat sukar. Justeru, masa yang berbaki atau terlebih ketika berada di Kota Makkah bolehlah dilakukan umrah dengan syarat tidak mengganggu atau membenakan amalan ibadah haji yang hampir tiba. Semoga Allah memberi kepada kita kefahaman yang baik dalam melaksanakan ibadah umrah dan juga haji dan akhirnya kita semua sebagai umat islam dapat meraih haji dan umrah yang mabrur dan mabrurah.

Kesimpulan

Semoga apa yang disampaikan tentang melaksanakan ibadah umrah berkali-kali atau dalam satu musim haji dapat memberi fahaman yang baik kepada seluruh saudara dan saudari muslim kita di luar sana. Ada juga sesetengah dari mereka yang menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tapi tidak berkemampuan. Maka, kita sebagai umat Islam yang baik, sekiranya tidak dapat memberi sumbangan, janganlah kita memperlekehkan usaha mereka dan hasrat mereka untuk ke Tanah Suci. Tidak semestinya kita sudah pergi dua atau tiga kali, kita boleh bangga, bantulah saudara Islam kita yang memerlukan. Tidak kira berapa kali kita sudah menunaikan umrah atau haji, semoga kita semua diberikan haji dan umrah yang mabrur. Melaksanakan ibadah di rumah Allah dan apabila pulang ke rumah semula, kita  ibarat ringan tanpa dosa. Renungkanlah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *