Adakah Ibadat Umrah Boleh Dilakukan Tanpa Mahram
Umrah merupakan salah satu ibadah yang wajib untuk dilakukan. Apatah lagi bagi seorang wanita muslim. Umrah adalah satu jihad baginya. Ini berdasarkan pertanyaan Ummul Mukminin Aisyah RA. Beliau berkata :
يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلَى النِّسَاءِ جِهَادٌ قَالَ نَعَمْ عَلَيْهِنَّ جِهَادٌ لاَ قِتَالَ فِيهِ الْحَجُّ وَالْعُمْرَةُ
Maksudnya : Wahai Rasulullah, adakah ada jihad untuk para wanita. Rasulullah SAW menjawab : Ya, mereka wajib berjihad tetapi jihad yang tiada peperangan dalamnya iaitu ibadah Haji dan Umrah.”
Al-San’ani menyebut bahawa Nabi SAW menyamakan jihad dengan ibadah Haji dan Umrah adalah kerana di dalam kedua-dua perkara tersebut adanya kesusahan dan kepayahan.
Kata Ibnu Ruslan :
الحّجّ فَرضٌ وكذاك عمرة # لم يجبا في العمر غيرَ مرّة
“Ibadah Haji adalah satu kefardhuan begitu juga dengan ibadah umrah. Kedua-duanya diwajibkan sekali seumur hidup”
Begitu juga dengan hukum menunaikan ibadah umrah tanpa mahram seperti soalan yang dikemukakan adalah terkait dengan hukum seorang wanita islam bermusafir tanpa mahram. Hukum asal bagi seorang wanita bermusafir tanpa mahram adalah tidak dibolehkan dan dibenarkan berdasarkan kepada beberapa hadis yang sahih. Di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A.
Beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda :
لَا تُسَافِرْ الْمَرْأَةُ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ
Maksudnya : “ Seorang wanita tidak boleh bermusafir tanpa ada mahram mereka.”
Riwayat Al-Bukhari (1729) & Muslim (2391)
Begitu juga dengan riwayat yang lain bahawa Nabi SAW bersabda :
لا يَحِلُّ لامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ تُسَافِرُ مَسِيرَةَ يَوْمٍ إِلا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ
Maksudnya : “ Tidak boleh bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk bermusafir sejauh sehari perjalanan kecuali bersamanya ada mahram.”
Di antara alasan tidak membenarkan seorang wanita untuk bermusafir tanpa mahram adalah untuk menjaga keselamatan mereka, memelihara kehormatan serta menjauhkan para wanita daripada fitnah sekiranya tiada mahram yang bersamanya dan menemaninya. Namun jika perjalanan ibadah tersebut aman dan selamat, maka sebahagian para ulama membenarkannya. Inilah pandangan yang dikemukakan oleh Imam Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadits tersebut.
Para ulama ketika membincangkan berkenaan kemampuan untuk menunaikan ibadah haji dan umrah, mereka membahagikannya kepada dua iaitu kemampuan secara langsung iaitu yang terkait kepada dirinya seperti mempunyai kesihatan yang cukup da sihat dan kewangan yang cukup. Yang kedua adalah kemampuan tidak langsung iaitu mempunyai kewangan yang cukup tapi tidak mampu untuk pergi kerana jatuh sakit atau sebagainya. Dia wajib untuk mengupah seseorang menunaikan bagi pihaknya sendiri.
Bagi wanita, para ulama menambahkan beberapa syarat iaitu syarat yang pertama ditemani oleh suami, mahram atau wanita lain yang boleh dipercayai dengan jumlah sekurang-kurangnya dua orang. Syarat yang kedua adalah wanita tersebut tidak berada di dalam iddah jika telah diceraikan atau suaminya telah meninggal dunia.
Namun demikian, para ulama berbeza pandangan tentang syarat mahram untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Sebahagian ulama menyebut bahawa syarat bagi seorang wanita yang ingin menunaikan ibadah haji dan umrah untuk ditemani oleh suami atau mahram. Manakala ulama lain tidak mensyaratkan mahram bahkan yang disyaratkan adalah aman dan bebas dari segala ancaman.
Al-Bujairimi menyebut jika perjalanan tersebut aman maka harus untuk seorang wanita tersebut bermusafir seorang diri. Jika dilihat pada masa sekarang perjalanan menunaikan ibadah umrah atau haji tidak lagi seperti dahulu. Jika zaman dahulu perjalanan terpaksa menempuh padang pasir atau menaiki kapal yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Akan tetapi sekarang mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah atau haji hanya perlu menaiki kapal terbang yang mengambil masa kurang dari 24 jam dari tempat tinggal mereka. Adapun bagi mereka yang menunaikan ibadah haji atau umrah untuk kali kedua dan seterusnya, maka disyaratkan ada mahram bersamanya. Ini adalah pandangan para-para ulama.
Dari perintah tersebut para ulama memutuskan dan merumuskan syarat-syarat orang yang diwajibkan ibadah haji dan umrah, yakni Islam, berakal, baligh, merdeka, dan mampu. Khusus untuk wanita dan muslimah, ada satu syarat tambahan, yaitu harus ada mahram yang menemani. Mengenai syarat mahram yang menemani seorang wanita menunaikan ibadah umrah dan haji. Mahram dalam ibadah haji adalah lebih sempit dan lebih terkait pada hubungan keluarga dan seketurunan. Paling jauh bila dihubungkan dengan pengelompokan mahram, sebatas mahram yang muabbad (tidak boleh dinikahi untuk selamanya) bukan muaqqat (sementara waktu).
Para ulama ini berdalil dengan hadis Rasulullah SAW bahwa beliau bersabda, “Janganlah seseorang lelaki berkhalwat (berduaan) dengan seorang wanita atau muslimah kecuali ada bersamanya mahram. Dan janganlah seorang perempuan bersafar, kecuali ada mahram bersamanya.” Setelah Nabi menyabdakan hadits yang demikian, berdirilah seorang lelaki dan berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya istriku ingin menunaikan ibadah haji atau umrah dan aku telah mencatatkan diri untuk turut dalam peperangan itu dan itu.” Rasulullah yang mendengar pertanyaan tersebut menjawab, “Pergilah menunaikan ibadah haji bersama istrimu”.
Yahya ibnu Abbas menceritakan, pernah ada seorang wanita menulis surat kepada Ibrahim An-Nakha’i yang bunyinya, “Sesungguhnya aku seorang wanita yang kaya, tapi tidak punya mahram, apakah saya wajib menunaikan ibadah haji?” Maka Ibrahim menjawab dalam surat balasannya,”Sesungguhnya engkau adalah dari orang yang Allah tidak dibuka jalan baginya untuk menunaikan ibadah haji.” Syarat yang tersebut ini, iaitu adanya mahram, dipandang salah satu dari segi kemampuan. Selain itu, definisi mahram yang menemani ibadah haji atau umrah tidak harus suami. Adanya suami atau mahram dapat digantikan oleh sejumlah wanita dengan kepercayaan yang penuh.
Jawatankuasa Fatwa Malaysia, mengeluarkan syarat ketat bagi wanita atau muslimin yang akan pergi atau ingin menunaikan haji tanpa mahram. Pertama, aman perjalanan dan terjamin keselamatannya. Mahram atau suami memang tidak bisa mendampingi kerana alasan syar’i. Oleh itu, mendapat izin dari mahram sekiranya ada; menempuh perjalanan dalam kenderaan yang ramai penumpang bersama kumpulan perempuan yang saling mempercayai dan memiliki bekal yang cukup selama perjalanan. Selain itu, tidak sakit yang boleh menyusahkan orang lain. Selalu memberitahu keadaan kepada keluarga di rumah dan perjalanannya memang untuk ibadah semata-mata bukan untuk bercuti dan berbelanja.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kami cenderung mengatakan bahawa adalah harus bagi seorang wanita untuk pergi menunaikan ibadah haji atau umrah tanpa mahram dengan syarat ditemani sekurang-kurangnya oleh dua orang wanita yang boleh dipercayai. Adapun bagi mereka yang menunaikan ibadah umrah bagi kali kedua dan seterusnya maka mengikut jumhur para-para ulama perlu untuk ditemani oleh suaminya sendiri atau mahram. Semoga Allah memberikan kefahaman agama kepada kita semua. Sekiranya seseorang ingin menunaikan ibadah umrah atau haji, hendaklah seseorang itu mencari mahram mereka sendiri dulu. Sekiranya tidak ada maka perlulah rujuk para ilmuan ataupun membaca lebih banyak tentang cara menunaikan ibadah haji atau umrah dengan mahram atau tanpa mahram. Semoga kita semua dapat haji yang mabrur dan ibadah umrah yang diterima oleh Allah SWT.