Uncategorized

Apa Tujuan Ibadah Haji

Hampir setiap ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada  umat Islam dan manusia memiliki maksud dan tujuan. Kerana agama Islam bukan tipikal agama yang hanya sekedar menyuruh tanpa tujuan, memerintah tanpa manfaat yang jelas. Mengetahui tujuan dan maksud ibadah merupakan sesuatu yang sangat penting. Begitu juga dengan ibadah, manfaatnya akan terasa jika seseorang itu mengerjakannya dengan mengetahui tujuan dan manfaat ibadah yang dilakukannya. Bagaimana dengan ibadah haji? Pada umumnya, ibadah haji mempunyai banyak hikmah, rahsia, dan tujuan. Menunaikan ibadah haji bukan bermaksud pergi ke Mekah semata. Kos yang dihabiskan tidak ada gunanya jika tujuan ibadah haji itu tidak melekat sedikitpun dalam diri kita ini sebagai seorang umat Islam. Oleh itu, mempelajari tujuan ibadah haji juga ada pentingnya jika dibandingkan dengan mempelajari cara melaksanakannya. Ini supaya, haji yang dilakukan tidak lari dari maksud dan tujuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Siapa yang mampu memahami dan menyematkan dalam diri mereka tujuannya dengan baik, serta berusaha melakukannya nescaya ianya direstui oleh Allah SWT dan mendapat haji yang mabrur. Mari kita lihat dan baca, apakah tujuannya. 

Tujuan Ibadah Haji

Ada beberapa tujuan dan manfaat yang mulia dari ibadah haji untuk pembentukan jiwa kita dan juga masyarakat. Allah  berfirman dalam ayat yang menerangkan tentang haiwan korban yang disembelih ketika hari raya AidilAdha, “Daging-daging unta dan darahnya itu tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.” Nabi Muhammad SAW juga bersabda, “Sesungguhnya tawaf dan sa’i antara Safa dan Marwah, dan melempar jumrah itu tujuannya adalah untuk mengingati Allah SWT.” 

  • Merendah diri kepada Allah SWT

Orang yang menunaikan ibadah haji akan meninggalkan semua perhiasan diri mereka yang mewah. Dia hanya memakai ihram seperti sedang mempamerkan kemiskinannya di hadapan Allah SWT. Dia juga melupakan semua urusan dunia dan semua kesibukannya. Hal yang ada dalam dirinya selama ini merupakan hal yang mengganggu keikhlasannya untuk bertakwa kepada Allah. Hal itu menyebabkan dia berhak mendapat keampunan dan rahmat dari Allah SWT. Kemudian dia berkumpul dan duduk di Arafah sambil memanjatkan doa kepada Allah, memuji dan mensyukuri nikmat yang diberi serta keutamaan-Nya, sambil memohon ampun dan silap diatas segala dosa dan kesalahannya. 

  • Mensyukuri Nikmat

Bentuk mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah SWT dalam ibadah haji boleh dilihat dari dua bentuk. Yang pertama, mensyukuri nikmat harta kekayaan. Yang kedua, mensyukuri nikmat kesihatan anggota tubuh badan. Kedua-dua hal itu merupakan nikmat bagi seorang manusia ketika hidup di dunia. Dalam proses menunaikan ibadah haji, dua jenis nikmat ini sangat terasa dan kita mestilah mensyukuri. Ketika menunaikan haji, seseorang mesti mengorbankan dirinya dan mengeluarkan hartanya untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah. Mensyukuri nikmat Allah adalah wajib. Hal ini boleh difahami secara logik, selain itu, hal ini memang telah diajarkan oleh Islam. 

  • Penyatuan seluruh Umat Islam

Umat Islam dari seluruh pelusuk dunia akan berkumpul dalam menunaikan ibadah haji. Maka terjadilah proses saling mengenali dengan keakraban antara satu dengan yang lainnya. Semua jenis status bermula diantara yang kaya dan yang miskin. Antara yang berkulit putih atau yang berkulit hitam, serta perbezaan dari segi bahasa ketika menunaikan ibadah haji. Bahasa dalam ibadah haji menjadi sama, iaitu kebaikan dan ketakwaan, serta saling nasihat antara satu sama lain dengan kebenaran dan kesabaran. Tujuan akhir ialah mengaitkan antara sebab-sebab kehidupan , InsyaAllah Allah SWT akan mengabulkan doa-doa mereka. 

  • Mengingati Hari Kiamat

Proses menunaikan ibadah haji mengingatkan seorang muslim akan hari perhitungan amalanya dengan tuhannya iaitu Allah SWT. Ketika dia sudah memakai pakaian ihram, kemudian dia wukuf di bukit Arafah. Dia akan melihat jutaan umat manusia dengan pakaian putih menyerupai kain kafan. Dengan pemandangan dan penglihatan seperti itu, dia akan teringat masa setelah dia meninggal akan membuatnya bersungguh-sungguh untuk menyiapkan bekalan amal ibadah yang soleh dan solehah sebelum dia bertemu dengan penciptanya kembali iaitu Allah SWT.

  • Perbuatan dan Perkataan

Syiar bagi orang yang menunaikan ibadah haji adalah talbiyah (Labbaika allahumma labbaik, labbaika la sharika laka labbaik, innal hamda, wan-ni’mat, laka wal mulk, laa syariika laka) iaitu bermaksud aku sambut panggilan-Mu ya Allah, aku sambut panggilanMu, tiada Tuhan selain Engkau, aku sambut panggilanMu, sesungguhnya segala puji, nikmat dan kekuasaan hanya untuk-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu. Oleh kerana itu, salah seorang sahabat Nabi menerangkan makna dari  sifat, tujuan dan cara talbiyah Nabi Muhammad SAW iaitu, “Syiarkanlah tauhid.” Syiar tauhid sangat jelas dalam semua proses untuk menunaikan ibadah haji, baik dalam perbuatan atau dalam perkataan. 

  • Berzikir Kepada Allah SWT

Semua ibadah tujuannya untuk mengingati Allah dengan zikir. Contohnya Solat, dalam Al-Qur’an dinyatakan:

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلهَ إِلاَّ أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلاةَ لِذِكْرِي

Erti:

“Yakinlah bahawa Aku adalah Allah yang tiada Tuhan selain-Ku. Maka sembahlah aku dan dirikanlah dan tunaikanlah solat untuk mengingatKu”. Tujuan menunaikan ibadah haji tampaknya tidak jauh berbeza dari tujuan mendirikan solat, iaitu sama-sama mengingati Allah dan kekalkan zikir. 

Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an:

لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَبْتَغُوا فَضْلًا مِنْ رَبِّكُمْ فَإِذَا أَفَضْتُمْ مِنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ عِنْدَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ وَإِنْ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ

Bermaksud:

“Tidak ada dosa bagimu untuk mencari rezeki dari Tuhanmu. Maka apabila kamu telah bertolak dari ‘Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masjidilharam. Dan berdzikirlah dengan menyebut Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu. Sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk dalam golongan orang-orang yang sesat”

Dalam hadis yang diriwayatkan Aisyah:

إِنَّمَا جُعِلَ الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ وَالسَّعْيِ بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ لِإِقَامَةِ ذِكْرِ اللَّهِ

Bermaksud:

“Sesungguhnya tujuan tawaf, sa’i antara safa dan marwah, dan melempar jumrah ialah untuk mengingati Allah SWT”.

Ingat pada Allah adalah rasa yang sangat penting dalam setiap ibadah, baik solat, puasa, maupun ibadah haji. Menunaikan ibadah sambil berzikir kepada Allah bukanlah perkara yang mudah. Banyak orang lalai dan lupa kepada Allah SWT walaupun mereka sedang beribadah. Nabi menyebut zikir sebagai jihad yang paling agung. Dalam hadis riwayat Ahmad dan Thabrani, seorang laki-laki bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang jihad yang paling agung, Nabi Muhammad SAW menjawab “jihad yang paling agung ialah orang yang paling banyak berzikir”.

Ibnu Qayyim mengatakan, “Sesungguhnya amalan yang utama ialah amalan yang disertai dengan banyak dan pelbagai zikir. Puasa yang utama ialah puasa yang disekalikan dengan zikir, sedekah yang utama adalah sedekah yang disertai haji. Dan haji yang paling utama ialah haji yang dilengkapi dengan banyakkan amalan berzikir.”

Allah memerintahkan di banyak tempat untuk memperbanyak berzikir. Rasulullah SAW bersabda:

أَفْضَلُ الْحَجِّ الْعَجُّ وَالثَّج

Erti:

“Haji yang lebih afdhal adalah al-‘aj iaitu keraskan suara ketika takbir dan talbiyah dan al-tsaj iaitu zikit dengan suara yang keras saat menyembelih”

Zikir sangat penting ketika menunaikan ibadah haji, namun perlu diingatkan yang dimaksud zikir tidak cukup sekedar melafazkan dalam lisan, tetapi mesti diiringi dan disematkan di dalam hati. Bukan hanya lidah saja yang sering berzikir, tapi hati kita juga harus selalu mengingati Allah SWT. Itulah yang dimaksudkan Allah dalam firman-Nya:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Erti: 

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah bila mereka yang menyebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila membaca ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka keranyaNya, dan hanya kepada Tuhanlah iaitu Allah SWT mereka bertawakkal”. 

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, ini adalah tujuan-tujuan ibadah haji ditunaikan. Tidak hanya untuk diri kita di dunia, tetapi juga di akhirat kelak. InsyaAllah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *