Haji | Uncategorized

Apakah Perbezaan Umrah Dan Haji Mengikut Panduan Islam?

Apabila terdapatnya ibu bapa, orang kampung atau jiran tetangga kita menyatakan mereka akan berangkat menunaikan ibadah umrah, kita selalu tertanya-tanya apakah pengertian atau maksud umrah yang sebenar-benarnya dan apakah pula perbezaan antara umrah dan haji. Pada kebiasaannya, ibadah Haji di kenali sebagai ‘haji besar’ manakala umrah pula dikenali sebagai ‘haji kecil’. Oleh yang sebegitu, ramai di antara kita semua yang masih kurang faham dan kurang jelas tentang perbezaan antara umrah dan haji. Haji merupakan salah satu ibadah yang wajib dilakukan sebagaimana dituntut dan diberitahu di dalam rukun Islam bagi mereka yang berkemampuan. 

Manakala umrah pula tidaklah diwajibkan untuk seseorang itu melakukannya, namun ada ulama berpendapat dengan mengatakan umrah adalah wajib untuk kali pertama seseorang itu mengerjakannya dan menjadi sunat bila dilakukan secara berulang kali. Sebagaimana dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud “Islam dibangunkan di atas lima perkara iaitu: Bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.(Riwayat Tarmizi dan Muslim)” Jadi dalam artikel dan penulisan ini akan berkongsi sedikit pengetahuan yang boleh diperolehi melalui pembacaan dan akan menjelaskan lagi perbezaan antara umrah dan haji. Umrah dan haji sememangnya memberikan maksud yang berbeza.

Umrah pula bermaksud ziarah dari segi bahasa. Apabila seseorang itu berkata akan mengerjakan umrah, maksudnya seseorang itu akan melakukan ziarah atau pergi ke tempat yang dimakmurkan. Manakala dari sudut syarak pula bermaksud pergi ke Masjid Al-Haram pada bukan waktu haji untuk menunaikan ibadah tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu. Haji pula bermaksud menuju ke sesuatu tempat dari segi bahasa. Manakala dari sudut hukum syarak pula bermaksud menuju ke Masjid Al-Haram untuk menunaikan ibadah yang khas dan khusus dengan syarat-syarat yang tertentu.

Apakah Perbezaan Umrah Dan Haji Mengikut Panduan Islam?


Walaupun perbezaannya, kedua umrah dan haji mempunyai persamaan. Kedua jemaah haji dan umrah itu adalah tanda kepercayaan Islam yang kuat, kesetiaan, dan ketakwaan. Kedua-duanya juga memperkukuhkan komuniti dan sebagai satu umat Islam dalam menceritakan semula dan memperbaiki langkah-langkah kepercayaan oleh umat Islam.

Berikut adalah perbezaan dalam ibadah umrah dan haji secara lebih terperinci. Pertama ialah Waktu. Waktu yang ditetapkan untuk menunaikan ibadah haji adalah pada 1 Syawal sehingga sebelum fajar pada 10 Zulhijjah. Waktu bagi mengerjakan ibadah umrah pula tidak ditetapkan ke atas seseorang dan seseorang individu itu bebas dan boleh untuk mengerjakan ibadah umrah pada bila-bila masa sahaja, pada masa tertentu jika berkemampuan.Yang kedua adalah Wuquf. Dalam kita mengerjakan ibadah haji, kita wajib berwuquf di arafah pada 9 Zulhijjah yang mana ia adalah merupakan salah satu daripada rukun haji. Manakala bagi ibadah umrah, kita tidak perlu untuk berwuquf di arafah sebagaimana yang diwajibkan dan dikatakan dalam ibadah haji.

Rukun-rukun lain selain dari berwukuf yang disebutkan di atas, semuanya sama di antara rukun umrah dan haji. Jadi harap agar semua dapat membezakan antara rukun haji dan rukun umrah dengan betul sebelum mengambil kata putus untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Dalam mengerjakan ibadah haji, seseorang itu memerlukan tenaga yang kuat dan banyak berbanding dengan mengerjakan ibadah umrah. Hal ini kerana ibadah haji memakan masa yang lama berbanding mengerjakan ibadah umrah. Seseorang itu haruslah meningkatkan tahap ketahanan fizikal sekiranya ingin mengerjakan ibadah haji kerana ia terbukti aktiviti dan kegiatan yang dilakukan semasa mengerjakan ibadah haji lebih banyak berbanding dengan mengerjakan ibadah umrah.

Jadi, walaupun sesiapa berkata bahawa mereka pernah mengerjakan umrah, itu tidak menjamin yang mereka mempunyai ketahanan fizikal yang tinggi untuk mengerjakan ibadah haji. Sentiasalah menjaga kesihatan diri dalam menjamin kecerdasan semasa mengerjakan sesuatu ibadah di Tanah Suci. Bermalam di Mudzalifah, bermalam di Mina dan melontar jamrah Al-Aqabah adalah termasuk didalam amalan-amalan yang akan dilakukan semasa mengerjakan ibadah haji yang mana perkara ini tidak akan dilakukan semasa seseorang itu mengerjakan ibadah umrah.

Untuk lebih memudahkan pemahaman seseorang, ini adalah dua bahagian untuk membezakan umrah dan haji. Untuk haji, pertama sekali ialah Hukum. Merupakan salah satu rukun Islam yang wajib kita tunaikan sekali seumur hidup dan bagi mereka yang berkemampuan. Yang kedua ialah rukun mengerjakan haji adalah seperti niat, wuquf di Arafah, tawaf di Baitullah, sa’ie di antara Safa dan Marwah, bergunting atau bercukur (sekurang-kurangnya 3 helai) dan yang terakhir adalah tertib. Manakala perkara-perkara yang mewajibkan haji ialah berniat dan berihram di Miqat, bermalam di Mudzalifah, melontar jamrah Al-Aqabah, bermalam di Mina, melontar ketiga-tiga jamrah dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa berada dalam ihram.

Bagi umrah pula, dari segi hukum. Ada sesetengah pendapatan ulama mengatakan bahawa umrah adalah wajib bagi pertama kali dan merupakan sunat bila di lakukan pada kali yang seterusnya. Rukun seseorang itu mengerjakan umrah adalah seperti niat, tawaf di Baitullah, sa’ie di antara Safa dan Marwah, bergunting atau bercukur (sekurang-kurangnya 3 helai) dan tertib. Perkara yang diwajibkan Umrah pula ada dua sahaja iaitu berniat dan berihram di Miqat dan menjauhi larangan semasa ihram. 

Ingatlah, perjalanan seseorang yang menuju ke Tanah Suci itu bukan sekadar perjalanan jasad mereka sahaja akan tetapi juga merupakan perjalanan ‘rabbani’ yang mana turut membawa keikhlasan dan ketulusan hati bakal jemaah itu. Perjalanan ini juga merupakan satu persiapan rohani kita sebagai seorang Islam ke arah mendekatkan diri dan memperhambakan diri kepada Allah SWT dan mengeratkan hubungan dengan Allah SWT yang mana selama ini seseorang itu lalai dengan kesibukan duniawi. 

Ada firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah, ayat 196 yang bermaksud: “Dan sempurnakanlah ibadah haji haji dan umrah kerana Allah“. Ganjaran yang cukup besar disediakan oleh Allah SWT sebagai ganjaran kepada mereka yang mengerjakan haji dan umrah di dalam bulan di antara 1 Syawal sehinggal 10 Zulhijjah sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus semua kesalahan serta dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur atau bermaksud ibadah yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna itu tidak ada ganjarannya yang setimpal melainkan syurga.” dari hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Kesimpulan

Sesiapa yang akan atau sudah mengerjakan haji atau umrah dan berharap memperolehi umrah dan haji yang mabrur, apabila pulang ke tanah air ia di ibaratkan seperti seorang bayi yang baru lahir. Betapa besarnya ganjaran yang diberikan oleh Allah SWT untuk kita sebagai umat Islam. Tetapi beribadahlah dengan seikhlas-ikhlasnya dan jangan pula mengharapkan ganjaran lain daripada Allah SWT semata-mata. Semoga semua umat Islam di dunia bersama-sama memperolehi umrah dan haji yang mabrur.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *