Cara Mengerjakan Umrah
Umrah adalah suatu ibadah yang dikerjakan oleh Umat Islam yang disebut sebagai melancong atau perjalanan spiritual ke Tanah Suci Mekah dengan melakukan beberapa ibadah yang terkandung di dalam cara mengerjakan Umrah.
Namun, ada beberapa hal yang membezakan ibadah Umrah dengan ibadah Haji. Sudah seharusnya pula sebagai bakal jemaah Umrah untuk mengetahui perbezaan di antara mengerjakan Umrah dan Haji iaitu tata-cara dan aktiviti yang harus dilakukan semasa mengerjakan Umrah sesuai dengan tuntutan Sunnah.
Oleh yang demikian, langkah-langkah dan tata-cara yang betul serta larangan yang tidak boleh dilakukan ketika mengerjakan Umrah berlandaskan Sunnah harus diikuti sepenuhnya oleh semua umat Islam supaya amalan mengerjakan Umrah itu menepati Sunnah serta mendapat Umrah yang Mabrur. Moga-moga amalan Umrah kita di terima di sisi Allah Subhanahu Wataala, Insyaallah.
Persiapan serta perlengkapan Umrah bagi sesiapa yang merancang untuk menunaikan Ibadah Umrah harus mempersiapkan diri sepenuhnya dengan mengetahui segala keperluan. Kelengkapan diri serta larangannya dapat membantu untuk menunaikan ibadah Umrah dengan lebih baik dan khusyuk, disamping mengetahui keperluan lain yang harus dilakukan ketika berangkat ke Tanah Suci.
Dalam menunaikan ibadah Umrah ada beberapa Rukun Umrah yang wajib dilakukan. Rukun Umrah dalam Islam iaitu ketika menunaikan kewajipan, kita harus meneliti rukunnya yang telah ditetapkan. Rukunnya merupakan hal-hal yang harus dilakukan oleh umat Muslim ketika berada di Tanah Suci dalam proses beribadah. Sama juga dengan ibadah lainnya, untuk melaksanakan ibadah Umrah pun ada rukun Umrah yang harus kita ikuti.
Rukun Umrah adalah ibadah yang dilakukan ketika mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah. Dalam rukun Umrah, terdapat beberapa hal yang harus dilakukan agar ibadah Umrah sempurna dan sah.
KELENGKAPAN UNTUK JEMAAH LELAKI
- Baju Ihram
- Kain Sarung
- Buku Doa
- Al-Quran kecil
KELENGKAPAN KEPERLUAN PERIBADI UNTUK JEMAAH
- Cermin Mata dan Topeng Muka agar terhindar dari debu pasir
- Alat dan kelengkapan mandi
- Alat mencukur
- Pakaian untuk sehari-hari (dilarang membawa jeans serta pakaian yang terlalu terbuka), Jaket
- Sandal atau sepatu getah
- Vitamin dan ubat-ubatan peribadi
- Pelembab kulit atau Krim muka (untuk menghindari cahaya matahari)
- Alat solek/bedak
- Pad (untuk wanita)
5 RUKUN UMRAH YANG WAJIB DILAKUKAN OLEH JEMAAH
Berikut adalah 5 Rukun Umrah yang boleh membuat ibadah Umrah semakin afdal
1. Niat/Ihram
Semua kegiatan pasti diawali dengan niat, termasuk ibadah Umrah. Dalam ibadah umrah, niat ini diberi istilah ihram. Sesiapa yang melakukan ibadah umrah perlu memakai pakaian ihram (tanpa jahitan) dan melafazkan niat dari Miqat (titik awal memulai ibadah umrah).
2. Tawaf
- Rukun umrah selanjutnya adalah tawaf. Tawaf yakni mengelilingi Ka’bah sebanyak tujuh (7) kali. Tawaf bermula dari Hajar Aswad dan syorkan untuk mengusap Hajar Aswad ketika melawatinya.
- Sekiranya tidak mampu untuk mengusap Hajar Aswad, jemaah diperbolehkan dengan hanya memberi isyarat berupa lambaian tangan ke arah Hajar Aswad. Ketika melakukan Tawaf kita diperbolehkan pula untuk berzikir mahupun melafazkan Doa atau harapan yang diingini.
3. Sa’i
- Sa’i adalah berlari-lari kecil dari bukit Shafa ke bukit Marwah. Rukun umrah yang satu ini dilakukan sebanyak tujuh kali. Tidak ada doa yang wajib dibacakan, sehingga dalam melakukan Sa’i kita diperbolehkan untuk memanjatkan doa yang diinginkan.
- Proses ibadah Sa’i ini berasal dari kisah Siti Hajar ketika mencari air untuk di berikan kepada anaknya Nabi Ismail yang masih kecil. Isteri Nabi Ibrahim itu berlari kesana sini sebelum menjumpai sumber mata air yang kini dikenal dengan mata air Zam-Zam.
4. Tahallul
- Rukun Umrah yang berikutnya adalah Tahallul. Tahallul bermakna melepaskan diri dari larangan Ihram seperti mencukur rambut atau menggunting rambut paling sedikit tiga helai rambut.
- Tahallul ini dilakukan di luar Masjidil Haram dekat Bukit Marwah. Setelah melakukan Tahallul, jemaah bebas dari larangan ketika menunaikan ibadah Umrah.
5. Tertib
- Rukun umrah yang terakhir adalah tertib. Tertib bermaksud bahawa para Jemaah Ibadah Umrah harus melaksanakan segala rukun umrah satu persatu atau sesuai dengan tuntutan dan peraturan yang ditetapkan.
- Pastikan ketika melaksanakan rukun umrah, kita tidak boleh melewatkan atau melanggar peraturan ibadah umrah.
- Peraturan dan tata-cara mengerjakan Umrah yang harus dilakukan sesuai dengan tuntutan Sunnah harus dilakukan oleh para Jemaah agar ibadah Umrah tersebut lebih afdal dan sah.
Peraturan Mengerjakan Umrah
- Membersihkan Diri dengan Mandi Junub
- Sebelum berangkat menuju Miqat, Jemaah di nasihatkan untuk membersihkan diri seperti mandi junub atau mandi wajib untuk menghilangkan Hadas.
- Jangan lupa untuk memakai wangi-wangian yang tidak mengandungi alcohol dan mengambil Wudhuk terlebih dahulu sebelum berangkat.
2. Memakai Pakaian Ihram serta Niat dari Miqat
- Selepas membersihkan diri boleh lah memakai pakaian ihram. Pakaian ihram ini berupa kain putih yang tidak ada jahitannya.
- Pakaian Ihram lelaki berupa dua lembar kain putih yang berfungsi sebagai kain sarung dan penutup bahu. Sedangkan pada wanita disyariatkan untuk menutup seluruh tubuh dan tidak dibenarkan memakai Niqab tutup muka.
3. Membaca Talbiyah selama Perjalanan menuju Mekkah
Setelah melakukan Ihram di Miqat, ada baiknya melafazkan Talbiyah selama perjalanan menuju Mekah. Talbiyah merupakan doa yang berbunyi:
“Labbaik allahumma labbaik. labbaik laa syariika laka labbaik. innalhamda wan ni’mata, laka wal mulk, laa syariika lak” (Aku menjawab panggilan-Mu ya Allah, aku menjawab panggilan-Mu, aku menjawab panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku menjawab panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, kenikmatan dan kekuasaan hanya milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu).
4. Masuk kedalam Masjidil Haram dan mencium Hajar Aswad
Ketika memasuki Masjidil Haram, dinasihatkan untuk membaca Doa masuk masjid dan mendahulukan kaki kanan. Selepas itu mulai menghadap Hajar Aswad dan mengusap lalu mencium Hajar Aswad tersebut. Jika tidak berkemampuan melakukanya, maka cukuplah hanya memberi isyarat berupa lambaian tangan. Berikut adalah Doa yang perlu di baca ketika masuk kedalam Masjidil Haram.
اَللّٰهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ دَارَالسَّلَامَ تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ يَا ذَاالْجَلَالِ وَاْلإِكْرَامِ. اَللّٰهُمَّ افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ وَمَغْفِرَتِكَ وَأَدْخِلْنِيْ فِيْهَا. بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلٰى رَسُوْلِ اللهِ
Arab-Latin: Allahumma antassalaam, waminkassalaam fahayyinaa rabbanaa bissalaam wa adkhilnal jannata daarassalaam tabaarakta wata’aalaita yaa dzaljalaali wal ikraam. Allahummaftah lii abwaaba rahmatika wamaghfiratika wa adkhilnii fiihaa. Bismillahi walhamdulillahi wasshalaatu wassalaamu ‘alaa rasuulillaah
5. Tawaf sebanyak 7 Kali
Rukun Umrah berikutnya adalah Tawaf. Tawaf dilakukan sebanyak 7 kali yang di mulai dari Hajar Aswad dan berakhir pula di Hajar Aswad. Semasa melakukan ibadah Umrah yang satu ini disunnahkan pula untuk berlari-lari kecil di 3 Putaran bulatan pertama dan berjalan biasa di 4 putaran bulatan terakhir.
6. Sholat 2 Rakaat di Depan Makam Nabi Ibrahim saw
Proses Umrah seterusnya ialah Sholat 2 Rakaat di depan Makam Nabi Ibrahim saw. Ketika sholat, dinasihatkan untuk membaca Surah Al Kaafirun pada Rakaat Pertama. Manakala, pada Rakaat Kedua disyorkan untuk membaca Surat Al Ikhlas.
Gambar bacaan Surat Alkaafirun dan Surah AlIkhlas
7. Beristirehat dan Minum Air Zam-Zam
Selepas Sholat Dua Rakaat, proses umrah selanjutnya adalah beristirehat dan meminum Air Zam-Zam. Ketika meminum Air Zam-Zam jangan lupa membaca Doa seperti berikut :-
“Allahumma inni asaluka ilman nafian wa rizqon waasian wa syifaan min kuli daain wa saqomin bi rohmatika yaa arhamar roohimiin.” (Ya Allah aku mohon padamu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit).
8. Melakukan Sa’i Sebanyak 7 Kali
Sa’i dimulai dari Bukit Shafa dan berakhir di Bukit Marwah sebanyak 7 kali putaran. Disyorkan ketika berada di atas Bukit Shafa kemudian menghadap ke arah Ka’bah lalu membaca doa seperti berikut :-
“Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, walillaahil hamdu, AllaahuAkbar, ‘alaamaa hadaanaa walhamdulillahi ‘alamaa aulaana, Laa ilaaha illaallahu wahdahu la syarika lahu, lahul mulku walahul hamdu yuhyii wayumiitu biyadihil khaiiru wahuwa ‘alaa kulli syai inqadiir. Laa ilaaha illallahu wahdahu lasyarika lah, anjaza wa’dahu wanasara ‘abdahu wahazamal ahzaaba wahdah, laa ilaha illallahu walana’ budu illaa iyyaahu mukhilisiina lahuddiina walau karihal kaafiruun.”
9. Bertahallul sampai Selesai
- Tata-cara Umrah yang terakhir adalah Bertahallul. Setelah melakukan beberapa proses ibadah, semua jemaah bertahallul atau memotong rambut di Bukit Marwah.
- Untuk lelaki sebaiknya mencukur rambut sampai habis dan Jemaah perempuan memotong rambut minimal 3 helai.
Cara Memakai Kain Ihram yang betul untuk Laki-laki & Perempuan
1. Cara Memakai Kain Ihram untuk Lelaki
Seperti yang telah diterangkan di atas, pakaian Ihram untuk lelaki terdiri dari dua lembar kain. Satu untuk dipakai menutupi bahagian pinggang hingga kaki. Satunya lagi diselempangkan dari bahu ke bahagian bawah ketiak seperti berikut:
Bahagian Bawah:
- Pertama, siapkan sehelai kain untuk menutupi bahagian bawah. Tutup aurat mulai dari atas pusat hingga bahagian bawah lutut.
- Cara melipatnya adalah Mudah dan hampir sama seperti memakai kain sarung.
- Pastikan kain Ihram terlipat sempurna, dan jangan biarkan aurat terlihat ketika duduk ataupun bertinggung dan lipatan kain juga jangan terlalu ketat agar selesa berjalan dan bergerak dengan mudah.
Bahagian Atas:
- Pakaikan kain dengan cara diselempangkan agar menutup bahagian bahu kanan dan kiri. Namun, ketika mulai tawaf biarkan bahagian bahu kanan terbuka, dan lipatan kain pada sisi satunya berada di bawah ketiak kanan.
- Kaitkan antara ujung satu sisi dengan sisi yang lainnya, agar tidak mudah terlepas. Sebagai catatan, bahagian bahu kanan terbuka hanya pada saat tawaf sahaja, setelah itu kain ihram harus kembali digunakan menutupi semua badan.
- Selain tata-cara memakai kain Ihram di atas, ada beberapa hal yang perlu diperhatikan. Seeloknya, kain jangan terlalu labuh melepasi batas kaki yang boleh terkena kotoran. Jemaah juga tidak perlu menggunakan pakaian dalam ataupun aksesori.
-
Cara Memakai Kain Ihram untuk Perempuan
- Cara memakai kain ihram untuk perempuan lebih senang dan Mudah kerana yang pentingnya ialah pakaian menutupi hampir seluruh bahagian tubuh kecuali telapak tangan dan wajah, serta kain tersebut tidak boleh ada apa-apa jahitan. Meski pun begitu, ada beberapa hal yang perlu diberi perhatian.
Bahagian Bawah:
- Bahagian bawah kain harus panjang dan labuh hingga ke Tumit kaki
- Harus memakai Sarung Kaki
- Pakai kasut yang tidak bertumit dan diperbuat dari getah
Bahagian Atas:
- Lengan baju harus panjang hingga ke pergelangan tangan.
- Tudung yang dipakai juga harus panjang atau menutupi bahagian dada.
- Pemakaian kain Ihram bagi wanita memang lebih mudah, hampir sama seperti menggunakan Telekung ketika mengerjakan Solat.
-
Cara Memakai Kain Ihram untuk Kanak-Kanak
Cara memakai kain ihram untuk kanak-kanak, prosesnya adalah sama seperti di atas, dan hanya menyesuaikan kain ukurannya sahaja. Selain tata-cara memakai ihram yang benar di atas, ada hal lain yang perlu diberi perhatian ketika menjalankan Ihram. Iaitu sebelum menggunakan kain ihram, Jemaah lelaki dan Perempuan disunahkan untuk berwudhu dan mandi terlebih dahulu, serta mengucapkan niat.