Pakej Umrah 2022- Harga Berpatutan Dan Selamat Khas Untuk Anda
Pada zaman pandemik Covid-19 ini, impaknya sangat besar kerana setiap harga barangan atau caj perkhimatan meningkat sedikit demi sedikit akibat terkesan dengan pendapatan ekonomi di seluruh negara. Ini juga memberikan kesan kepada industri yang menguruskan perkhidmatan ibadah haji dan umrah. Terdapat banyak faktor yang memberi impak yang besar terhadap industri ini dalam menguruskan pakej harga bagi ibadah haji dan umrah bersesuaian dengan situasi pandemik.
Secara asasnya, setiap individu yang berhasrat untuk menjalani ibadah umrah, mereka perlu mengkaji beberapa maklumat penting dan menitikberatkan perkara-perkara yang perlu diketahui sebelum membuat pilihan pakej umrah yang ditawarkan. Pertama, mereka perlu kenal pasti tawaran harga yang disediakan oleh pihak agensi umrah. Harga ini adalah sebagai panduan dalam mengelakkan orang ramai tertipu dengan tawaran pakej umrah yang terlampau murah dan bersikap lebih berhati-hati dengan pakej-pakej yang disediakan. Tidak dinafikan, harga pakej yang murah dan berpatutan merupakan salah satu faktor penting dalam membuat pilihan sesebuah pakej.
Dalam memfokuskan kepada harga dan pakej yang ditawarkan, setiap individu perlu membuat semakan syarikat agensi pelancongan tersebut mempunyai lesen dan permit agensi umrah serta menyemak latar belakang agensi umrah tersebut serta mengenal pasti agensi ini mempunyai system permohonan visa yang cekap. Dengan cara ini, ia dapat mengelakkan seseorang itu tertipu dengan agensi tersebut. Ini disebabkan, terdapat banyak penipuan pakej umrah yang telah berlaku di Malaysia dengan menawarkan pakej umrah yang terlalu murah sehingga masyarakat kita terpedaya dan melakukan pembayaran terus kepada pihak individu bukan kepada pihak syarikat yang berdaftar.
Selepas melihat kepada harga pakej yang ditawarkan, individu tersebut perlu membuat perbandingan harga antara pakej yang ditawarkan dari agensi yang berbeza dan perlu memfokuskan kepada kandungan asas yang terdapat dalam pakej yang ditawarkan. Mereka perlu memastikan pakej yang ditawarkan oleh agensi tersebut merangkumi tiket penerbangan, visa umrah, penginapan, makanan, pengangkutan, lawatan, mutawif dan perlindungan skim takaful umrah bagi kecemasan, sakit atau kematian. Ini merupakan pakej yang biasa disediakan oleh pihak agensi umrah dan yang berbezanya umrah versi pandemik Covid-19 ini terdapat kos tambahan iaitu kos ujian saringan Covid-19.
Tempoh umrah yang lebih panjang juga lebih mahal disebabkan penambahan kos penginapan dan makanan. Harga pakej yang berlainan juga bergantung kepada musim dimana harga pakej umrah pada musim sejuk dan musim cuti sekolah lebih mahal berbanding bulan-bulan lain, jenis pengangkutan di sana serta kekerapan makanan yang disediakan. Selain itu, harga pakej yang ditawarkan juga mempengaruhi lokasi penginapan kita dengan Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Faktor ini amat penting bagi sesiapa jemaah yang merupakan warga emas atau yang lebih berusia, lokasi yang lebih dekat memudahkan mereka untuk ke tempat beribadat dan kos pengangkutan juga lebih jimat berbanding lokasi yang lebih jauh daripada masjid tersebut. Bilik hotel juga memainkan peranan penting dalam menentukan harga pakej yang lebih berpatutan. Jika seseorang itu pergi bersama keluarga, lebih wajar ambil pakej yang berkongsi bilik dengan lebih ramai kerana harganya lebih murah dan berpatutan. Sama ada bilik berempat atau berlima atau berenam, bergantung kepada ahli keluarga yang turut serta. Berdasarkan faktor-faktor ini, setiap individu boleh membuat pemilihan berdasarkan harga dan pakej yang ditawarkan yang lebih berpatutan dan selamat.
Bila di kaji semula, terdapat beberapa faktor yang perlu di timbang tara oleh individu yang berniat untuk menjalani ibadah haji dan umrah pada musim pandemik ini antaranya kos kesihatan iaitu kos ujian saringan Covid-19 bagi sebelum berangkat ke umrah dan selepas selesai ibadah umrah (semasa di Mekah atau Madinah). Keperluan dalam membuat ujian saringan Covid-19 ini adalah wajib bagi sesiapa yang ingin melancong atau mengembara ke luar negara.
Di sini, bagi jemaah yang ingin menjalani ibadah umrah, perlu mendapatkan maklumat daripada agensi yang mengendalikan pakej umrah sama ada harga pakej tersebut termasuk sekali dengan kos ujian saringan Covid-19 atau tidak. Kebanyakan agensi tidak menanggung kos ujian saringan Covid-19 sebelum jemaah umrah berangkat ke sana kerana keperluan ujian saringan Covid-19 mempunyai tempoh dalam melaksanakannya dan para jemaah juga berada di lokasi yang berbeza.
Tetapi, bagi kos ujian saringan Covid-19 selepas selesai umrah (semasa di Mekah atau Madinah), terdapat beberapa agensi umrah yang menawarkan ia secara percuma sahaja. Ini merupakan pakej yang berpatutan di mana para jemaah tidak perlu mengeluarkan kos lebih bagi ujian saringan tersebut. Ibadat umrah memerlukan persiapan yang teliti dari segi kewangan, ilmu, kemampuan dan masa. Membuat pilihan dalam pakej umrah ini perlu ilmu dan kajian yang lebih mendalam agar kita dapat memilih pakej yang lebih berpatutan dan selamat.