Haji | Uncategorized

Panduan Haji Dan Umrah

Umrah adalah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I’timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Umrah ke Umrah yang berikutnya menjadi penebus dosa yang dilakukan di antara keduanya manakala Haji yang mabrur pula tidak ada balasan selain syurga. Diriwayatkan daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Jemaah Haji dan Umrah adalah rombongan Allah, jika mereka berdoa kepadaNya, Dia akan memustajabkan doa mereka dan sekiranya mereka memohon ampun daripadaNya, Dia akan mengampunkan mereka. Jika jemaah Umrah di Mekah ingin mengerjakan Umrah sekali lagi, dia boleh berihram dari Masjid Sayyidah Aisyah r.a (di Tan’im) kemudian kembali semula ke Mekah untuk melakukan tawaf dan saie.

Berihram dari miqat dengan niat Haji sahaja kemudian disusuli dengan talbiah

Berihram Haji Ifrad:

Berihram adalah niat dan talbiyah.

Ia dilakukan dari tempat miqat atau sebelumnya supaya lebih tenang.

Apabila jemaah Haji ingin berihram dia disunatkan:

  • Menggunting rambutnya atau mencukurnya mengikut kebiasaannya sebelum itu.
  • Memotong kukunya dan menghilangkan bulu kemaluannya.
  • Mandi dan berwudhu.
  • Memakai pakaian ihram iaitu sarung dan selendang putih, bersih dan yang afdhal adalah yang baru.
  • Memakai wangi-wangian kemudian mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat pada bukan waktu yang makruh.

Kemudian jemaah Haji bertalbiah dengan berkata:

لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، إن الحمد والنعمة لك والملك، لا شريك لك.

Dia mengulanginya sebanyak tiga kali dan dia mengakhirinya dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jemaah Haji mengulangi talbiah setiap kali dia mendaki bukit, turun ke lembah bukit, menaiki kenderaan atau turun darinya dan ketika berjumpa para sahabat, kenalan-kenalan serta selepas selesai sembahyang.

Memasuki Mekah:

Ketika hampir dengan Mekah jemaah Haji membaca:

(اللهم هذا حرمك و أمنك، فحرمني على النار، وأمني من عذابك يوم تبعث عبادك, واجعلني من أوليائك وأهل طاعتك).

Apabila masuk ke Mekah jemaah Haji membaca:

(اللهم البلد بلدك, والبيت بيتك, جئت أطلب رحمتك, وأؤم طاعتك متبعاً لأمرك, أسألك مسألة المضطر إليك، المشفق من عذابك أن تستقبلني بعفوك, وأن تتجاوز عني برحمتك, وأن تدخلني جنتك).

Kemudian dia berselawat kepada Nabi s.a.w.

Memasuki Masjidil Haram:

Sunat masuk melalui Bab As-Salam.
Ketika dia masuk dengan menggunakan kaki kanan sambil bersalawat kepada Nabi s.a.w dia membaca:

(اللهم اغفر لي ذنوبي وافتح لي أبواب رحمتك)

(اللهم هذا حرمك وموضع أمنك فحرم لحمي وبشري ودمي ومخي وعظامي على النار).

Ketika menyaksikan kaabah, dia bertahlil dan bertakbir (لا إله إلا الله والله أكبر) sebanyak tiga kali sambil mengangkat tangannya ke langit dan berdoa kerana doa ketika melihat kaabah adalah mustajab:

(اللهم اجعلني مجاب الدعوة في الخير)

(أعوذ برب البيت من الدين والفقر ومن ضيق الصدر وعذاب القبر)

(اللهم إني أسألك أن تغفر لي وترحمني وتفك رقبتي من النار).

Atau dia berdoa dengan apa sahaja yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala sambil berselawat kepada Nabi s.a.w. dan membaca:

(اللهم زِد هذا البيت تشريفاً وتعظيماً وتكريماً ومهابة، وزد من شرفه وكرمه ممن حجه أو اعتمر تشريفاً وتكريماً وتعظيماً ومهابة وبرا, اللهم أنت السلام ومنك السلام فحينا ربنا بالسلام).

Tawaf:

  • Disunatkan menghadap kaabah pada permulaan Tawaf iaitu secara menjadikan Hajar Aswad berada di kanannya kemudian dia berpindah pula untuk menghadap Hajar Aswad dan berniat tawaf (tawaf Umrah atau tawaf Qudum).
  • Dia mulakan dari marmar yang berwarna coklat sambil membaca:
    (بسم الله والله أكبر اللهم إيماناً بك وتصديقاً بكتابك ووفاء بعهدك وإتباعاً لسنة نبيك).
  • Dia melambai Hajar Aswad dan mengucup nya jika dapat berbuat demikian.
  • Tetapi jika tidak dapat mengucup nya, dia bolehlah menyentuhnya dengan menggunakan tangan kanannya (istilah) kemudian mencium tangannya.
  • Jika dia masih juga tidak dapat berbuat demikian dia boleh berdiri menghadap Hajar Aswad sambil mengisyaratkan kepadanya dengan menggunakan kedua belah tangannya sebanyak sekali sahaja sambil dia menyebut (بسم الله والله أكبر) kemudian dia memulakan tawaf. Tawaf adalah terdiri dari tujuh pusingan, disunatkan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama dan ittiba’ (sopan) pada setiap pusingan yang lain dan setiap tawaf mesti disululi dengan Saie.
  • (Berlari-lari anak dan ittiba’ (sopan) bagi lelaki sahaja), ia dilakukan di dalam tawaf yang disusuli dengan saie sahaja, apabila selesai dari tawaf dia menutup kedua bahunya.
  • Di pintu Ka’bah dia membaca:
    (اللهم إن البيت بيتك، والحرم حرمك، والأمن أمنك، وهذا مقام العائذ بك).
  • Rukun Iraqi dia membaca:
    (اللهم إني أعوذ بك من الشك والشرك والشقاق والنفاق وسوء الأخلاق وسوء المنظر في المال والأهل والولد).
  • Dirukun Syami dan Yamani dia membaca:
    (اللهم اجعله حجاً مبروراً وسعياً مشكوراً وذنباً مغفوراً وعملاً مقبولاً وتجارة لن تبور يا عزيز يا غفور).
  • Dia disunatkan istilam rukun Yamani setiap kali dia melaluinya di dalam tawaf iaitu dengan menyentuh rukun ini dengan menggunakan dua belah telapak tangannya atau dengan menggunakan tangan kanannya. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian dia boleh digantikan dengan mengisyarat kepadanya sahaja malah sunat berdoa di rukun Yamani kerana ia adalah mustajab di mana di sana terdapat seramai tujuh puluh ribu malaikat yang akan menyebut amin. Diantara rukun Yamani dan Hajar Aswad dia membaca:

(رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ)

(اللهم إني أعوذ بك من الكفر والفاقة ومواقف الخزي في الدنيا والآخرة).

  • Pada tiga pusingan tawaf yang pertama dia hendaklah banyak membaca:
    (اللهم اجعله حجاً مبروراً وذنباً مغفوراً وسعياً مشكورا.)
  • Manakala pada empat pusingan yang berbaki dia membaca:
    (اللهم اغفر وارحم واعف وتكرم، وتجاوز عما تعلم, إنك أنت الأعز الأكرم)
  • Banyak berdoa untuk memohon kebaikan di dunia dan akhirat.
  • Pada penutup tawaf, dia istilam Hajar Aswad atau dia mengisyaratkan kepadanya dengan menggunakan dua belah tapak tangan dan pada setiap kali dia melalui di hadapannya ketika tawaf.

Sembahyang Sunat Tawaf Dua Rakaat:

Selepas selesai tawaf dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak dua rakaat di belakang maqam Ibrahim walaupun di hujung Masjidilharam ataupun harus dilakukan di mana-mana tempat di dalam Masjidil Haram ketika keadaan penuh sesak.

Pada rakaat pertama dia membaca: (قل يا أيها الكافرون) dan pada rakaat yang kedua pula dia membaca (قل هو الله أحد) selepas membaca Al-Fatihah.

Allah s.w.t berfirman:

(واتخذوا من مقام إبراهيم مُصَلَّى)

Yang bermaksud:

Jadikanlah maqam Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang.

 

Multazam:

Kemudian selepas itu dia pergi ke Multazam dan dia berdoa di sana:

(اللهم أعذني من الشيطان الرجيم , وأعذني من كل سوء , وقنعني بما رزقتني , وبارك لي فيه).

Berdoa di Multazam adalah mustajab.

Air Zamzam:

Kemudian selepas itu dia disunatkan pergi ke telaga zamzam kemudian minum airnya sehingga rasa Tadhalu’ sambil dia berdoa ketika meminumnya:

اللهم بلغني أن رسول الله (صلى الله عليه وسلم) قال: (ماء زمزم لما شرب له)

dan sesungguhnya aku meminumnya dan berdoa:

(اللهم إني أسألك علماً نافعاً ورزقاً واسعاً وشفاء من كل داء).

(اللهم ادخلني الجنة بغير عذاب ولا حساب وارزقني مرافقة نبيك وسيدنا محمد (صلى الله عليه وسلم) في الفردوس الأعلى).

Setelah itu dia berdoa dengan doa yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala serta dia berselawat kepada Nabi s.a.w.

Saie Di Antara Safa dan Marwah:

Naik ke bukit Safa melalui Bab Safa, seboleh-bolehnya sehingga dia dapat melihat Kaabah sambil membaca:

(إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم).

Kemudian dia membaca:

(الله أكبر الله أكبر، الله أكبر و لله الحمد، الله أكبر على ما هدانا والحمد لله على ما أولانا، لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد يحيي ويميت، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير، لا إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وأعز جنده، و هزم الأحزاب وحده، لا إله إلا الله، ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون، اللهم إنك قلت: ادعوني استجب لكم, وإنك لا تخلف الميعاد، وإني أسألك كما هديتني للإسلام أن لا تنزعه مني حتى تتوفاني وأنا مسلم)

Sebanyak tiga kali.

Setelah itu dia berselawat ke atas Nabi s.a.w dan ketika setiap kali turun dari bukit Safa dia membaca:

(اللهم إني أسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والسلامة من كل إثم والغنيمة من كل بر والفوز بالجنة والنجاة من النار)

Sunat berlari-lari anak di antara dua garisan hijau (bagi lelaki sahaja).

Doa yang dibaca di antara dua garisan hijau ialah:

(ربنا أتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، رب اغفر وارحم، واعف وتكرم، وتجاوز عما تعلم, إنك أنت الأعز الأكرم، اللهم إني أسألك الهدى والتقى والعفاف والغنى، اللهم اعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك).

Kemudian dia sampai ke bukit Marwah, dengan ini dia berjaya menyempurnakan satu pusingan saie di mana tujuh pusingan saie boleh dilakukan dengan bermula dari Safa dan berakhir dari Marwah.

Bacaan yang dibaca ketika berhenti di bukit Marwah adalah:

(إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم).

Setelah itu dia membaca zikir dan doa yang sama sebagaimana yang telah dibaca ketika berada di bukit Safa, (jemaah Haji perlu bertalbiah semasa bersaie tetapi jemaah Umrah tidak perlu bertalbiah).

Selepas selesai tujuh pusingan saie, disunatkan mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat dan sebaik-baiknya di dalam Masjidil Haram.

Sunat membaca zikir-zikir, doa-doa dan mana-mana ayat Al-Quran yang mudah dibaca di dalam saie.

Bacaan yang dibaca selepas selesai bersa’ie:

(ربنا تقبل منا وعافنا واعف عنا وعلى طاعتك وشكرك أعنا).

Tidak disyaratkan ittiba’ (sopan) di dalam saie di dalam mazhab Hanafi (tetapi di dalam mazhab Syafi’i adalah disyaratkan ittiba’ (sopan).

Tidak disyaratkan suci bagi sah saie tetapi dengan mengambil kira tempat bersaie yang berada di dalam Masjidil Haram, jadi disunatkan berbuat demikian. Setelah itu jemaah Haji kembali semula ke Mina untuk bermalam.

Bercukur Atau Bergunting

Wajib mencukur rambut atau mengguntingnya sekadar hujung jari (2 sm) dan disunnahkan bercukur rambut di seluruh kepala dan dengan menggunakan pisau cukur berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w.:

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

(Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda tetap bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata lagi: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Kemudian barulah baginda bersabda: Dan juga orang-orang yang bergunting).

Manakala perempuan hanya perlu menggunting rambutnya sekadar hujung jari sahaja.
Sebaik-baiknya ketika bercukur dia membaca:

(الحمد لله على ما هدانا، الحمد لله على ما أنعم به علينا، اللهم هذه ناصيتي, فتقبل مني واغفر لي ذنوبي اللهم اغفر لي و للمحلقين والمقصرين يا واسع المغفرة، آمين.)

Selepas selesai dari bercukur atau bergunting dia membaca:

(الحمد لله الذي قضى عنا نُسُكَنا).

Apabila jemaah Haji melakukan perbuatan tersebut bermakna dia telah bertahallul dengan tahallul kecil, dan dia dihalalkan untuk melakukan semua perkara yang diharamkan semasa berihram melainkan bersetubuh dan faktor-faktor yang mendorong kepadanya dimana persetubuhan tidak dihalalkan baginya sehinggalah dia melakukan tawaf Ifadhah.

Kesimpulan

Kita sebagai seseorang yang beragama Islam hendaklah mempelajari dan mengetahui sedikit sebanyak panduan-panduan untuk mengerjakan ibadah Haji dan Umrah. Kerana sedikit sebanyak kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang ada dalam diri kita ini. Sebagai seorang muslim juga, panduan ini kita boleh belajar tidak semestinya dari buku atau media massa, malah boleh juga bertanya pendapat pada mereka-mereka yang sudah mengerjakan ibadah haji dan umrah. Bak kata pepatah ‘Dari pengalaman kita dapat belajar sesuatu perkara’.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *