Uncategorized

Panduan Melakukan Ibadah Umrah Bersama Anak Kecil

Umrah ialah ziarah atau bermaksud menziarahi Masjid Al-Haram pada bila-bila masa untuk melaksanakan ibadah tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu. Umrah juga dikenali sebagai ‘Haji Kecil’. Oleh itu, ada masa kita sebagai umat Islam tidak boleh menunaikan umrah iaitu ketika menunaikan ibadah haji. Hukum mengerjakan umrah adalah wajib sekali seumur hidup apabila telah melengkapi dan memenuhi syarat-syaratnya. Seperti firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:

“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrahmu kerana Allah”.

Syarat Wajib Umrah

Islam telah menetapkan lima syarat wajib untuk umat islam yang ingin menunaikan ibadah umrah. Antaranya ialah mesti beragama Islam, baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan. Seperti yang semua tahu, mengerjakan ibadah umrah bagi yang berkemampuan merupakan Rukun Islam yang kelima. Hal ini bermaksud umrah merupakan salah satu perkara dalam agama Islam yang disarankan kepada Islam dan Muslim yang mampu sahaja.

Mampu yang memberi maksud disini terdiri daripada dua kategori iaitu mampu pada diri sendiri dan mampu dengan bantuan daripada orang lain. Berkemampuan pada diri sendiri ialah cukup perbelanjaan dan nafkah tanggungan, sihat tubuh badan dan banyak lagi. Manakala, berkemampuan dengan bantuan daripada orang lain pula seperti penyakit yang tiada harapan untuk sembuh, terlalu uzur, meninggal dunia dan mampu mengerjakan ibadah umrah semasa mereka hidup.

Hukum Menunaikan Umrah Bersama Anak Kecil

Dalam Kitab Ibanah Al-Ahkam Syarah Bulugh Al-Maram berkenaan Umrah menjelaskan hadith no. 248 bahawa Rasulullah saw bersabda: “Mana-mana anak kecil yang telah melaksanakan ibadah Haji dan Umrah kemudian dia mencapai umur baligh, maka ia tetap mempunyai kewajiban untuk melakukan ibadah Haji atau Umrah sekali lagi.” (diriwayatkan oleh Ibn Abu Syaibah dan Al Baihaqi). 

Jika ada anak kecil melakukan ibadah Umrah sebelum mereka baligh, maka Haji atau Umrahnya dianggap sebagai amalan yang sunat. Apabila telah baligh, maka dia wajib melakukan Haji atau Umrah sekali lagi sebagai Haji atau Umrah yang menunaikan rukun Islam. Ini kerana mereka belum dikenakan kewajiban taklif iaitu tanggungjawab menunaikan sesuatu ibadah. Namun begitu, Haji atau Umrah yang dilakukan oleh anak kecil masih belum mencukupi Haji fardhu yang merupakan Rukun Islam baginya. Para ibu dan bapa juga mendapat pahala kerana usaha mereka kerana bersusah payah memikul anaknya. Kanak-kanak kecil juga akan mendapat ganjaran pahala kerana mengerjakannya.

Tips Persediaan Menunaikan Ibadah Umrah Bersama Anak Kecil

1. Doa

– Banyakkan berdoa dari sekarang Moga Allah lindungi keluarga dan anak-anak. Moga sihat sepanjang perjalanan. Moga kuat dan larat beribadah bersama anak. Moga anak tidak meragam.

2. Persiapan Mental (Anak dan Kita Sendiri) 

– Banyakkan bercakap dan bercerita dengan anak tentang Makkah & Madinah.

– Tunjukkan video dan gambar-gambar di sana (terutama gambar kanak-kanak di sana).

3. Tambahkan Ilmu

– Lihat dan belajar tentang cara solat sambil mendukung anak sekiranya mereka menangis ketika anda menunaikan solat.

4. Penerbangan

– Sekiranya penerbangan di waktu malam, praktis kan untuk tidak membenarkan anak itu tidur di waktu siang ataupun beberapa jam sebelum berangkat. 

– Benarkan anak itu berlari-lari di lapangan terbang supaya mereka berasa penat dan letih sebelum menaiki pesawat.

– Sediakan ’beg mainan’ , alat tulis, stickers, gadget yang sesuai untuk anak kecil.

5. Permainan

– Luangkan waktu bersama mereka untuk mencari mainan kegemaran mereka untuk diisi ke dalam beg.

– Sediakan juga beberapa mainan atau aktiviti baru untuk anak. Simpan dahulu untuk waktu kecemasan dimana anak itu bosan dengan mainan yang mereka pilih.

6. Ubat-ubatan dan Keperluan

– Pastikan membawa ubat-ubatan untuk anak kecil dan keluarga.

– Bawa wet tissue yang tidak berbau supaya tidak was-was digunakan ketika dalam niat ihram. 

– Pastikan lampin dan susu anak kecil cukup ketika di Tanah Suci. 

7. Stroller dan Carrier

Carrier
– Cara terbaik untuk Tawaf dan Sa’ie sekiranya anak itu boleh digendong di dalam carrier.

Stroller

– Tidak dibenarkan masuk ke dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. 

– Boleh dibawa bersama untuk Ziarah atau luar pekarangan Masjid. 

– Cara terbaik untuk Tawaf dan Sa’ie sekiranya anak itu boleh digendong di dalam carrier.

8. Rancangan yang rapi

– Rancang bersama suami atau isteri anda membahagikan waktu untuk beribadah (Contohnya: Suami ke masjid untuk subuh, isteri bawa anak ke masjid waktu Maghrib hingga Isyak).

– Pada bulan Disember, cuaca agak dingin. Suami isteri boleh merancang untuk menunaikan solat bersama di perkarangan masjid.

9. Aktivit Anak

– Melakukan aktiviti bersama anak sebelum waktu solat (Contoh: Ambil air zam zam, berlari di pekarangan masjid).

10. Menunaikan solat

– Lelaki dan wanita dibenarkan masuk di pintu yang sama. 

– Tempat solat lelaki dan wanita berdekatan di dalam Masjidil Haram, Makkah.

– Di Madinah lelaki dan wanita masuk di pintu yang berasingan. 

– Solat di ruang solat khas wanita dan kanak-kanak atau penjuru masjid 

 11. Raudhah

1. Ikut golongan berkerusi roda 

– Lebih cepat, mudah dan tidak berasak-asak tetapi wanita harus solat di kerusi roda.

2. Bawa bersama melalui jalan biasa Masjid Nabawi, Madinah

– Sediakan mainan kerana penantian untuk masuk ke Raudhah agak lama untuk wanita 

– Bawa carrier sekiranya anak tertidur.

– Mutawwif Raudhah akan membantu wanita atau ibu yang membawa anak bersama mereka.

12. Niat Yang Positif

– Terapkan dalam hati dan minda bahawa membawa anak ke Umrah bukan satu beban, bukan susah dan bukan menjadi satu masalah. Anggaplah kita yang menumpang barakah anak kita sendiri.

Kesimpulan

Membawa anak kecil untuk menunaikan ibadah umrah adalah sesuatu perkara yang sangat disukai Allah SWT, kerana niat kita dan tenaga kita untuk membawa mereka bukan satu kerja yang mudah tapi tidaklah susah juga. Sebelum menunaikan sesuatu ibadah haruslah dimulai dengan niat. Niat dalam diri dan hati supaya Allah permudahkan segala urusan kita disana nanti. Islam itu mudah, jika kita melakukan sesuatu perkara dengan niat yang baik, maka baiklah pengakhiran nya nanti. Oleh itu, marilah kita sama-sama merancang perjalanan ibadah umrah kita dengan baik dan rapi supaya tidak tergesa-gesa dan tidak sempat menyelesaikan sesuatu ibadah itu nanti. Insya-Allah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *