Pakaian Umrah
Umrah

Perbezaan Haji dan Umrah – Kemaskini untuk 2021

PERBEZAAN HAJI DAN UMRAH

Selalu tak dengar orang kata nak berangkat ke umrah? dalam setahun berkali-kali dengar orang nak berangkat ke umrah, dan dalam setahun akan ada satu musim saja akan dengar orang kata nak berangkat ke Haji dan waktu itu adalah sebelum raya Aidiladha (raya haji). Mungkin ramai yang tahu apa itu umrah, apa itu Haji. Tapi ada juga yang tertanya-tanya apa beza umrah dah Haji? Kenapa umrah lagi kerap orang pergi berbanding Haji. Ok disini akan diterangkan tentang perbezaan antara Haji dan umrah. Sebenarnya pengertian umrah dan Haji sendiri adalah berbeza konteksnya. 

 

Maksud Haji dan Umrah

Umrah bermaksud ziarah dan dalam istilah dalam agama ialah melakukan ziarah ke tempat-tempat yang dimakmurkan dengan rukun-rukun tertentu iaitu tawaf di Baitulah, Saie di antara Safa dan Marwah dengan ihram. Juga dikenali sebagai Haji Kecil.

Haji pula bermaksud menuju atau mengunjungi sesuatu tempat di mana didalam syarak dikenali sebagai menuju ke Kaabah pada waktu yang ditetapkan. Dalam ibadah Haji di kehendaki untuk melaksanakan ibadah wajib yang khusus. Dikenali sebagai Haji Besar dan wajib melaksanakan bagi yang mampu.

 

Nak membezakan Haji dan Umrah adalah mudah jika sudah mengenal pasti rukun kedua-dua ibadah ini. Rukun Haji dan Umrah berbeza seperti berikut. Rukun Haji ada 6 manakala rukun umrah ada 5.  

 

Rukun Haji dan Umrah

NO HAJI UMRAH
1 Niat Haji Niat Umrah
2 Wukuf di Arafah dan melontar jamrah Tawaf di Kaabah
3 Tawaf di Kaabah Saie antara Bukit Safa dan Bukit Marwa
4 Saie antara Bukit Safa dan Bukit Marwa Bercukur
5 Bercukur Tertib
6 Tertib

 

Jika dilihat kepada jadual diatas, perbezaan yang paling ketara antara Haji dan Umrah adalah WUKUF DI ARAFAH. Ini adalah rukun penting dalam Haji yang menentukan sah atau tidak ibadah Haji.

Wukuf bermaksud BERHENTI, wukuf di Arafah adalah berhenti seketika di bumi Arafah walaupun berhenti satu saat dalam apa juga keadaan. Waktu berhenti di Arafah adalah pada bermulanya tergelincir matahari iaitu hari ke 9 Zulhijjah (masuk waktu zuhur di Arab Saudi) hingga sebelum terbitnya fajar (masuk waktu Subuh di Arab Saudi) pada keesokan harinya (10 Zulhijjah). Bermalam di Muzdalifah dan di Mina seta melontar jamrah manakala umrah tiada perkara-perkara tersebut.

 

 

Syarat Wajib Haji dan Umrah- Waktu

 

Untuk mengetahui syarat wajib Ibadah Haji ditentukan oleh tarikh bermulanya 1 Syawal sehingga sebelum fajar 10 Zulhijjah. Masa Haji ditentukan pada bulan tertentu sahaja iaitu Syawal, Zulkaedah dan 10 pertama Zulhijjah. Dalilnya adalah seperti berikut :

 

الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ

Firman Allah SWT : “(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh berbuat maksiat, tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.”

(Surah Al-Baqarah 197)

 

Manakala umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan Haji bagi orang yang sedang dalam niat Haji.Jika di Malaysia kita sering mendengar jemaah Haji akan berangkat ke Tanah Suci dan akan meraikan perayaan Hari raya Aidiladha atau Raya Haji di Tanah Suci

 

 

Harga Pergi Umrah dan Haji

 

Selain dari 2 faktor diatas, perbezaan umrah dan Haji adalah dari segi harga. Bagi menunaikan ibadah Umrah, kosnya lebih rendah dan murah berbanding Haji, pada tahun ini 2020 harga umrah boleh didapati serendah RM 4,999 dan boleh menjadi sehingga RM 10,000 keatas mengikut pakej yang diambil dengan mana-mana agensi berdaftar.

 

Kos bagi menunaikan Haji pula ialah berbeza di Malaysia dan boleh menjadi serendah RM 9,980 pada tahun ini 2020 bagi kategori Muassasah untuk warganegara Malaysia yang pertama kali menunaikan Haji kerana mempunyai subsidi (dibawah Tabung Haji – kerajaan). Namun ada juga jemaah yang lebih berkemampuan memilih melakukan Haji dengan agensi swasta dengan harga yang boleh mencecah sehingga RM 50k keatas mengikut pakej.

 

Kuota & Visa untuk Pakej Haji & Umrah

 

Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kuota dan visa untuk setiap tahun kepada setiap negara supaya tidak mengalami kesesakan melampau di Tanah Haram. Juga bagi menjamin keselamatan dan keselesaan jemaah Haji semasa mengerjakan ibadah Haji.

Kuota yang dikeluarkan adalah berbeza setiap tahun bergantung kepada fasiliti yang disediakan. Kuota dikenakan untuk semua negara Islam kerana waktu Haji adalah bulan-bulan tertentu sahaja dan jumlah umat Islam di seluruh dunia adalah 24.1% dari populasi dunia (lebih kurang 1.8 billion) dan tentunya tidak mampu ditampung keberadaan semua orang serentak. Menggunakan Visa Haji atau Visa Furada (visa ini mempunyai risiko)

Umrah tidak mempunyai kuota kerana ia boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sepanjang tahun dan antara bulan Safar sehingga Ramadhan. Manakala sejak 2019, umrah boleh dilakukan dengan menggunakan visa pelancong.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, bagi ibadah umrah atau Haji, adalah lebih baik dilakukan dengan memahami perbezaan kedua-dua ibadah ini supaya fokus dan niat kita akan selari dengan amalan yang dilakukan. Diharapkan dengan sedikit penulisan ini akan dapat membantu untuk anda faham perbezaan antara umrah dan Haji. Moga semua amalan diterima dan membentuk jati diri yang baik.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *