Rukun Umrah dan Haji
Umrah

Rukun Umrah dan Haji

Rukun Umrah dan Haji

Bagi seorang Muslim, ada lima rukun Umrah dan Haji setiap Islam yang wajib dipenuhi dan 6 rukun Iman yang perlu dipatuhi. Namun 5 rukun Islam yang diterapkan dalam kehidupan seorang Muslim adalah perkara besar atau tiang dalam agama Islam.

Antaranya ialah mengucap kalimah syahadah, mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan juga mengerjakan haji. 

Kupasan menarik kali ini adalah tentang rukun mengerjakan haji dan umrah. Sekilas lalu, haji (Haji Besar) ibadah yang wajib dikerjakan oleh seorang Muslim yang mampu dengan syarat-syarat tertentu pada waktu yang ditetapkan, manakala umrah pula ialah haji kecil yang difardukan juga keatas Muslim yang mampu dengan syarat tertentu dan bila-bila masa sahaja. Apa yang membezakan Haji dan Umrah selain daripada waktu mengerjakannya ialah rukunnya yang berbeza sedikit.

 

SENARAI RUKUN HAJI DAN UMRAH

 

Ada 6 rukun haji yang wajib dipenuhi jika tertinggal salah satunya atau tidak mengikut syarat maka Haji dikira TIDAK SAH (BATAL) dan terpaksa mengqadakan semula dengan segera didalam ihram.

 

 

  • Niat Ihram

 

Ihram bermaksud berniat untuk melaksanakan ibadat haji dimana apabila seseorang telah berihram, maka ia wajib memenuhi panggilan Allah SWT untuk melaksanakan ibadah yang dituntut dan meninggalkan segala larangan semasa di dalam ihram.

 

Berpakaian Ihram bagi Haji dan Umrah

Lelaki 

  • Dilarang memakai pakaian berjahit
  • 2 helai kain berwarna putih, satu sebagai sarung menutup bahagian pusat hingga kaki dan satu lagi sebagai selendang untuk menutup tubuh badan.
  • Diikat kemas supaya senang untuk melakukan ibadah

 

Perempuan

  • Dibolehkan memakai pakaian berjahit
  • Menutup aurat sepenuhnya kecuali muka
  • Boleh memakai telekung, baju kurung, jubah dan lain-lain asalkan menutup aurat dengan sempurna
  • Boleh memakai warna apa sahaja namun di Malaysia pakaian ihram sinonim dengan warna putih.

Pakaian Ihram 

 

 

  • Berwukuf di Arafah (Tidak Perlu dilakukan untuk Umrah)

 

Turutan rukun haji kedua ialah melakukan wukur di Arafah, wukuf bermaksud BERHENTI, wukuf dilakukan di Padang Arafah iaitu satu daerah terbuka di luar Kota Mekah. Wukuf dilakukan pada 9 Dzulhijjah (masuk waktu zuhur di Arab Saudi) hingga sebelum masuk waktu subuh di Arab Saudi), sepanjang berwukuf jemaah akan memperbanyakkan solat sunat, zikir dan ibadah lain. Kemudian masuk 10 Dzulhijjah jemaah akan bermalam di Muzdalifah dan Mina serta melontarkan jamrah.

 

Hanya rukun kedua ini membezakan Umrah dan Haji dimana berwukuf di Arafah ini wajib dilakukan untuk ibadah HAJI SAHAJA. Tidak terpakai untuk ibadah UMRAH.

 

 

  • Tawaf Ifadah

 

Kemudian tawaf iaitu perbuatan mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali. Tempat permulaan tawaf adalah Hajar Aswad dan berakhir juga di Hajar Aswad. Ibadah tawaf. Ia mesti dilakukan bermula selepas separuh  malam 10 Dzulhijjah. Jemaah yang melakukan tawaf haruslah suci dari hadas kecil dan besar, berniat wakaf dan cukup 7 pusingan.

 

 

  • Saei 

 

Perbuatan berlari-lari anak atau berjalan sedikit laju diantara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Dianggarkan keseluruhan nya ialah sebanyak 3.5 k. Cara melaksanakan Saei ialah berniat Saei, bermula perjalanan biasa dari Bukit Safa sehingga anda melihat tanda berwarna hijau yang mana ianya sunnah untuk berlari-lari anak hingga tanda hijau kedua, kemudian boleh berjalan seperti biasa sehingga ke Bukit Marwah. Satu hala perjalanan adalah dikira satu kali lintasan.

 

 

  • Tahalul

 

Tahalul bermaksud mencukur rambut atau bulu diwajah setelah selesai ibadah Saei, simbolik kepada perbuatan ini ialah jemaah membersihkan diri jasmani dan rohani. Sunnah untuk dicukur secara keseluruhan ataupun hanya sedikit sahaja namun di Malaysia, jemaah akan diarahkan untuk memendekkan rambut secara keseluruhan. 

 

Tahalul Awal (melepaskan diri dari larangan ihram setelah 3 amalan dibawah)

  • Tawaf ifadah dan Saei
  • Melontar Jamrah
  • Tahalul dengan bercukur

 

Tahalul Akhir (keadaan seseorang yang telah lakukan amalan-amalan berikut)

  • Tawaf  ifadah san Saei
  • Melempar Jamrah 
  • Bercukur

 

Setelah berakhirnya tahalul akhir, jemaah telah bebas dari semua larangan semasa ihram yang dikenakan.

 

 

  • Tertib 

 

Tertib ialah melakukan ibadah atau rukun lain mengikut tertib yang ditetapkan secara berturutan.

 

PERBEZAAN RINGKAS RUKUN HAJI DAN UMRAH

N0 RUKUN HAJI (6 PERKARA WAJIB) RUKUN UMRAH (5 PERKARA WAJIB)
1 Niat Ihram mengerjakan HAJI Niat Ihram mengerjakan Umrah
2 Wukuf di Arafah Tawaf
3 Tawah Ifadah Saei
4 Saei Tahalul (bercukur)
5 Tahalul (bercukur) Tertib
6 Tertib 

 

KESIMPULAN

 

Rukun Haji ialah penentu keabsahan ibadah Haji dimana ianya tidak boleh digantikan dengan denda atau dam. Setiap jemaah harus mengikut turutan rukun yang ditentukan supaya ibadah Hajinya tidak terbatal atau menjadi sia-sia. Begitu juga dengan Umrah, setiap rukun umrah perlu dituruti dengan lengkap. Jemaah haruslah mengambil cakna tentang setiap syarat-syarat sah Haji dan Umrah supaya lepas sepenuhnya dari ihram kerana sebarang kesalahan yang berlaku dan menyebabkan umrah/haji terbatal bermakna larangan ihram masih tertanggung olehnya walaupun sampai ditanah air.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *