Umrah | Uncategorized

Senarai Barang Keperluan Umrah Lelaki Perempuan

Senarai Barang Keperluan Umrah Lelaki dan Perempuan

Melaksanakan ibadah umrah merupakan hal yang sangat dinantikan oleh setiap kaum muslim dan muslimah. Oleh sebab itu, penting untuk mengetahui kelengkapan yang diperlukan dan dibawa semasa menjalani ibadah Umrah tersebut dan kelengkapan tersebut adalah sedikit berbeza di antara jemaah Lelaki dan Perempuan.

Dibawah ini tertera keperluan kelengkapan yang diperlukan oleh Jemaah Lelaki dan Perempuan:-

Kelengkapan Umrah Bagi Semua

Pakaian Tidur :

Sediakan sekurang kurangnya 3 helai helai pakaian tidur bersesuaian dan selesa dengan Jemaah.

Pakaian Dalam :

Sediakan sekurang kurangnya 5 helai dari material Cotton untuk ditukar ganti setiap kali menjalani ibadah demi untuk menyakinkan diri dan elakkan daripada terkena kotoran dari peluh atau najis.

Beg Galas :

Bertujuan untuk menyimpan Passport serta dokumen perjalanan penting yang lain dan juga barang barang yang berharga.

Baju Sejuk :

Sediakan 1 helai baju sejuk yang boleh dipakai waktu malam ketika cuaca sejuk. Di tanah Suci, cuaca amat sejuk diwaktu malam.

Tasbih :

Digunakan ketika Solat untuk mengerjakan ibadah berzikir yang maksimum.

Al-Quran :

Menyediakan Quran yang kecil saiznya yang boleh dibawah ke mana mana sahaja, ini membolehkan Jemaah mentelaah Al-Quran dimana mana sahaja yang mereka berada. Digalakkan semua Jemaah memperbanyakan membaca Al-Quran semasa berada di Tanah Suci untuk mendapat berkat.  Boleh juga menggunakan Al-Quran Digital yang boleh di muat turun ke dalam Handphone atau alat digital yang lain.

Buku Doa :

Harus saiz yang kecil dan digunakan untuk membaca doa doa yang diperlukan sepanjang aktiviti Ibadah Umrah.

Minyak Wangi :

Adalah sunnah dan digalakkan Jemaah bersolek dan mengenakan wangian sebelum mengerjakan apa jua Ibadah Umrah. Disarankan menggunakan minyak wangi Attar.

Kasut / Selipar :

Buatan daripada kulit binatang atau Getah dan harus dipakai sepanjang menjalani aktiviti Ibadah Umrah. Selipar mestilah yang tidak menutup kaki.

Ubat-Ubatan :

Bawa beberapa jenis ubat ubatan asas yang diperlukan seperti Panadol, ubat Demam, ubat Batuk dan Minyak Angin.  Untuk Jemaah yang mempunyai sejarah penyakit yang harus memakan ubat pada waktu tertentu, disarankan membawa segala ubat ubat tersebut bagi kegunaan ketika berada di Tanah Suci.

Face Mask & Kaca Mata :

Untuk Face Masks perlu dibawa kuanti yang banyak untuk dipakai pada setiap masa bagi mengelakkan terkena Kuman, Habuk dan Virus COVID-19. Manakala Kaca Mata dipakai untuk mengelakkan mata dari dimasuki habuk

Losyen Badan & Tangan :

Dari produk yang halal.  Perlu dipakai untuk menghindari kekeringan kulit kerana cuaca di Tanah Suci amatlah panas dan ia mungkin boleh menjejaskan kulit.

Sarung Tangan :

Jenis yang cotton berwarna puteh, ia tidak berpeluh dan mudah serap air peluh.

Hand Sanitizer :

Harus dipakai pada setiap masa untuk menghindari kuman dari melekat di tangan Jemaah, lebih lebih lagi virus COVID-19

Barangan Mandian :

Tuala, Berus Gigi, Sikat, Ubat Gigi, Sabun, Syampoo, Conditioner, Minyak Rambut Hanya dari produk yang halal di bawak untuk kegunaan harian Jemaah.

Botol Air :

Sebagai bekal air zam zam sepanjang melaksanakan ibadah

Kelengkapan Umrah Bagi Jemaah Lelaki

Kain Ihram :

Kain Ihram merupakan kain wajib bagi lelaki semasa melakukan ibadah Umrah, terdiri dari dua lembar kain tanpa jahitan yang digunakan untuk  menutup aurat bahagian atas dan bawah.

Sediakan 1–2 set pakaian ihram untuk persalinan ketika berada di Tanah Suci untuk menggantikan jika perlu. Elakkan pakaian dari terkena najis atau  kotoran.

Baju Melayu :

Bahannya dari Cotton adalah digalakkan.  Sediakan sekurang-kurangnya 5 helai untuk ditukar ganti setiap hari dan harus dipakai ketika menjalani solat di Masjid. 

Seluar / Kain Pelikat :

Menyediakan seluar panjang yang longgar dan berwarna Putih/Biru/Hitam/Coklat dari bahan yang lembut dan berbentuk sederhana sesuai dipakai untuk semua aktiviti lebih lebih lagi yang boleh menangkis panas terik di Tanah Suci.

Tali Pinggang :

Perlu dipakai di pinggang untuk mengetatkan kain yang dipakai serta untuk menyimpan beberapa duit, barang berharga serta bahan keperluan lain ketika menjalani ibadah Umrah

Kopiah :

Digalakkan  memakai Kopiah berwarna putih/hitam/coklat dari material yang mudah masuk angin untuk menghindarkan peluh yang melekat di kulit kepala

Kelengkapan Umrah Bagi Jemaah Perempuan

Kain Telekung :

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Baju Jubah :

Bahan nya dari Cotton adalah digalakkan. Sediakan sekurang kurangnya 5 helai untuk ditukar ganti setiap hari dan harus dipakai ketika menjalani Solat di Masjid.

 

Stokin :

Digalakkan memakai stokin kain kapas yang selesa lembut serta boleh menyerap peluh. Pilih stokin yang berwarna gelap dan tidak nipis sehingga boleh menampakkan kulit kaki. Wajib sebagai keperluan menutup aurat

Tudung :

Digalakkan  memakai Tudung Labuh yang berwarna putih/hitam dari material kapas yang mudah masuk angin untuk menghindarkan peluh yang meleket dikulit kepala

Keperluan Wanita :

Bagi Jemaah yang khuatir dan berkemungkinan mengalami Darah Haid semasa berada di Tanah Suci, disarankan membawak pad, atau pantyliner mencukupi untuk digunakan ketika diperlukan.

 

Alat Solek :

Jika perlu, Boleh bawa dan memakainya dari produk yang halal dan tanpa alkohol. Pakai secara bersederhana dan ketika di luar waktu ibadah

Akhirnya, paling penting adalah untuk mematuhi SOP penjarakan fisikal dan sosial. Elak dari bersentuhan dengan orang di sekeliling kita ketika berada di Tanah Suci untuk mengelakkan terkena COVID-19.

Jemaah yang dijemput untuk menjalankan Umrah dan Haji ketika pandemik COVID-19 adalah jemaah yang beruntung.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *