Uncategorized

SOP Menjalankan Ibadah Haji Dan Umrah Ketika Zaman Pandemik

Kerajaan Malaysia kini memperketatkan undang-undang dan keselamatan sebelum membenarkan rakyat Malaysia ke luar negara termasuk untuk menunaikan ibadah haji dan umrah pada zaman pandemik ini. Agensi pengurusan umrah dan haji perlu bersiap sedia memahami dan sentiasa peka dengan peraturan baharu dan prosedur operasi standard (SOP) dalam menjalankan ibadah itu, susulan kebenaran oleh kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia. Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, langkah itu amat penting bagi memastikan jemaah umrah mendapat maklumat lengkap dan betul dengan perkembangan dan peraturan di Arab Saudi, sekali gus memastikan mereka dapat menunaikan dan pulang dengan selamat. Sudah tentu agensi umrah masih tidak ada pengalaman lagi dalam menjalankan dan mengendalikan ibadah umrah dan haji dengan SOP baharu, tetapi mereka perlu menitik-beratkan perkembangan semasa termasuk kriteria dan syarat bagi bakal jemaah seperti umur yang dibenarkan dan kelengkapan dua dos vaksin untuk menjalankan ibadah haji dan umrah.

Apakah SOP Untuk Menjalankan Ibadah Haji dan Umrah?

Berikut di bawah adalah SOP terkini yang ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua bakal jemaah haji dan umrah.

1. Ujian PCR dan kuarantin

Sebagai titik permulaan, pihak berkuasa dan kerajaan Arab Saudi meminta jemaah asing dari luar negara untuk mendapatkan keputusan ujian PCR yang negatif. Perkara ini mesti diambil dalam masa 48 jam sebelum tiba di tanah Arab Saudi. Apabila tiba di sana, semua jemaah mesti melakukan kuarantin wajib di hotel yang diluluskan oleh kerajaan selama enam hari, atau mengambil ujian PCR setelah 48 jam kuarantin dan jika keputusan ujian PCR mereka adalah negatif, mereka boleh meninggalkan hotel. Jemaah haji dan umrah dari negara yang dikategorikan dan dikelaskan sebagai negara berisiko tinggi atau merah diharuskan melakukan kuarantin wajib selama tujuh hari. Tetapi, mereka juga perlu menjalani ujian PCR negatif setelah selesai. Peraturan tambahan untuk semua jemaah yang mahu dan ingin masuk ke Masjidil Haram, Makkah, mereka perlu memiliki dan menunjukkan sijil vaksinasi COVID-19.

Ia sangat penting untuk mematuhi semua langkah ini kerana ia menambahkan lapisan perlindungan dan mencegah situasi wabak penyakit ini menjadi peristiwa superspreader. Ujian PCR yang negatif sahaja mungkin tidak mencukupi. Berkemungkinan ada risiko negatif yang palsu kerana alasan masalah teknikal atau penipuan. Terdapat laporan yang diterima bahawa sebilangan besar jemaah positif COVID-19 di negara asal mereka tetapi dikatakan negatif COVID-19 ketika berlepas meninggalkan negara untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.

2. Penjarakan Sosial dan Fizikal

Sebelum penyakit COVID-19 melanda dunia, akan berlaku pencampuran dan kesesakan dalam khalayak jemaah. Tetapi sangat berbeza kali ini kerana aliran keluar masuk di Masjidil Haram lebih teratur. Sebilangan kecil jemaah akan dibenarkan masuk dalam satu-satu masa dan terdapat petunjuk yang jelas untuk memastikan mereka mematuhi jarak fizikal. Pegawai polis dan pegawai masjid akan mengarahkan dan mengawasi pergerakan jemaah-jemaah haji dan umrah di sana.

3. Topeng muka

Untuk menghalang dan mencegah coronavirus dari tersebar, topeng muka adalah sangat wajib. Hukuman yang berat akan dikenakan ke atas sesiapa yang cuba melanggar SOP dan tidak memakai topeng muka atau cuba memasuki Masjidil Haram tanpa izin yang sah. Mesej teks setiap hari akan mengingatkan jemaah tentang hukuman dan langkah-langkah kesihatan awam yang mereka bakal terima sekiranya tidak memakai topeng muka atau melanggar peraturan yang ditetapkan ketika musim COVID ini melanda.

4. Jumlah jemaah yang sangat terhad

Sehingga 50,000 sehari dari kapasiti beratus-ratus ribu jemaah, menjadikannya lebih mudah untuk menguruskan jemaah dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan SOP yang perlu. Tidak seperti sebelumnya ketika jemaah-jemaah haji dan umrah berkumpul untuk meminum air suci zam-zam dari tempat-tempat yang tertentu, kini air zam-zam akan diagihkan dan diberi oleh porter bergerak. Mereka menuangkan air dari tangki mudah alih dan memberi air dalam botol yang ditutup kepada jemaah. Ini dapat mengurangkan mereka bersesakan untuk mendapatkan air zam-zam sekaligus dapat mengurangkan kadar jangkitan.

5. Aplikasi Mudah Alih

Aplikasi Tawakkalna yang digunakan di seluruh negara untuk mengenalpasti kontak rapat. Ini adalah aplikasi terpenting, yang diperlukan untuk mengakses setiap tempat yang anda kunjungi, misalnya setiap restoran, hotel, kedai dan menaiki kenderaan. Aplikasi ini memerlukan keputusan PCR dan pengesahan vaksinasi COVD-19 untuk membolehkan anda mengguna dan melayarinya.

Jemaah yang mempunyai keputusan PCR positif, mereka dilarang sama sekali untuk bergerak. Aplikasi mudah alih ini mempunyai pengesan di setiap lokasi tetap dan memberi amaran jika seseorang jemaah yang positif itu berada di luar zon yang dibenarkan. Sekiranya ada kumpulan yang ingin berkumpul untuk acara sosial, mereka akan menggunakan aplikasi Tawakkalna untuk memohon izin berkumpul beramai-ramai. Aplikasi ini kemudian akan memberikan jejak kontak rapat sekiranya terdapat kes positif di kalangan mereka yang muncul setelah acara tersebut.

Bagi jemaah haji dan umrah yang ingin masuk ke Masjidil Haram, ada aplikasi bernama Eatmarna. Dicipta oleh Kementerian Haji dan Umrah, aplikasi Eatmarna membolehkan jemaah menempah slot waktu tertentu untuk masuk ke Masjidil Haram, yang jumlahnya sangat terhad. Aplikasi ini juga akan menghubungkan ke aplikasi Tawakkalna yang bermaksud akses diberikan berdasarkan status COVID-19 jemaah itu sendiri. 

Sebagai jemaah asing, anda diberi pergelangan tangan berkod bar yang dapat mengimas untuk mengesahkan status anda sekiranya anda tidak dapat menunjukkan status dalam aplikasi Tawakkalna atau Eatmarna. Tabaud adalah aplikasi lain yang digunakan. Ini adalah kerana aplikasi jarak sosial yang menggunakan bluetooth, dapat memeriksa dan mengenalpasti aplikasi Tawakkalna orang di sekitar jemaah sendiri. Ini pada dasarnya untuk memberi amaran dan perintah kepada orang-orang di sekitar mereka yang positif. Aplikasi mudah alih ini sangat penting untuk mencegah penyebaran COVID-19 yang baru. Ia mengehadkan kesesakan dan juga membenarkan pergerakan mereka yang negatif COVID-19 ini sambil mengehadkan dan mengawasi pergerakan mereka yang positif COVID.

Menyentuh tentang peningkatan kos untuk menunaikan ibadah umrah dan haji, perkara itu sangat memberi kesan kepada agensi umrah yang menawarkan pakej dengan harga murah seperti mana jumlah jemaah sehingga enam atau empat orang sebilik seperti sebelum ini perlu dikurangkan. Sama juga dengan ibadah haji, kos dijangka meningkat dengan besar berkait rapat dengan penjarakan fizikal seperti had jemaah di bilik hotel dan bas, selain pergerakan jumlah jemaah di dalam Masjidil Haram juga dihadkan.

Turut memberi kesan tentang kenaikan kos adalah tentang kelengkapan perubatan yang ditambah dan keperluan alat ujian saringan COVID-19 sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kos untuk menunaikan ibadah haji dijangka naik akan datang kerana baru-baru ini sahaja jemaah haji perlu membayar sekitar RM15,000 hingga RM20,000 untuk lima hingga tujuh hari, melibatkan tiga lokasi utama iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina serta melaksanakan tawaf dan sa’i sahaja. Kos itu tidak termasuk kos penginapan  hotel di Makkah dan Madinah serta makan minum, juga penerbangan dari Malaysia ke Arab Saudi, jadi bakal jemaah perlu bersiap sedia dengan peningkatan kos yang mendadak ini. Sebagai perbandingan yang dulu, kos haji pada tahun 2019 ialah RM9,980 seorang untuk tempoh 40 hingga 45 hari. Adalah dijangkakan kos haji bagi tahun 2022 dan tahun-tahun akan datang akan meningkat berdasarkan kos berkaitan dengan SOP dan norma baharu.

Kesimpulan

Bagi jemaah yang sudah mendaftar atau mendapat panggilan untuk menunaikan ibadah haji atau umrah ini, perlulah siap dari segi kos yang dijangka akan meningkat, dari segi kesihatan, fizikal dan juga mental. Satu dunia mengalami dan dilanda wabak penyakit COVID-19 ini. Jadi, marilah kita sama-sama mengikuti dan mematuhi setiap SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk jemaah dan bakal jemaah yang akan menunaikan ibadah di Makkah dan Madinah. Untuk menghentikan sekaligus mengurangkan kadar jangkitan di negara orang, kita juga perlu mengambil ujian kendiri untuk menjaga diri kita di sana nanti. Mari sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19, kita jaga kita, Allah pasti membantu kita. Insya-Allah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *